Bagi pelanggan Onexox Prepaid atau Black sedia ada, anda boleh tukar simkad ke eSIM Onexox Prepaid dan Black secara online. Anda perlu pastikan telefon anda mempunyai ciri khas untuk penggunaan eSIM sebelum bertukar dari simkad fizikal ke elektronik sim (e-SIM).
Login ke Selfcare Onexox
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah login ke portal Selfcare Onexox. Sekiranya anda belum daftar akaun di Selfcare XOX ini, klik pada link Sign Up Here di bawah butang Login untuk mendaftar.
Sekiranya anda sudah mendaftar, klik pada bahagian Phone Number (rujuk gambar dibawah) kemudian masukkan nombor dan tekan butang Login.
Anda akan terima Code TAC pada sms ditelefon anda. Masukkan kod TAC dan klik butang VERIFY
Pada paparan utama, klik pada Menu Plan and Simcard Management.
Satu Popup Window akan terpapar “Change Physical to eSIM” untuk anda pilih. Klik pada butang YES untuk bertukar ke eSIM.
Ikut langkah seterusnya dan scan QR Code yang diberikan untuk lengkapkan proses tukar simkad ke eSIM Onexox.
Aktifkan eSIM untuk Pelanggan Baru Onexox (Tukar Talian ke Onexox)
Sekiranya anda belum menggunakan Onexox, anda boleh bertukar dari telco lama anda ke Onexox Prepaid atau Black menggunakan eSIM sepantas 5 minit. Anda boleh daftar di laman rasmi Onexox sekarang dan terima arahan lanjut di dalam email anda untuk aktifkan nombor anda.
Proses pertukaran telco akan mengambil masa 24 jam sebelum berjaya.
Anda boleh kekalkan nombor dari talian asal anda sama ada dari Celcom, Maxis, Digi, Umobile, Tunetalk, ToneWow, Tone Excel, RedOne, YES, Yoodo dan lain lain telco yang ada di Malaysia terus ke eSIM Onexox Black atau Prepaid.
Aktifkan eSIM untuk Nombor Baru Onexox Black atau Prepaid
Bagi pelanggan yang ingin menggunakan eSIM untuk nombor baru Onexox sama ada Prepaid atau Black, boleh terus daftar di Laman Rasmi Onexox (klik sini) dan pilih eSIM pada pilihan yang disediakan sebelum memilih nombor yang anda kehendaki.
Pengaktifan eSIM untuk nombor baru Onexox (Prepaid atau Black) hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sebelum ia boleh digunakan.
Bagi pengguna Prepaid, anda digalakkan untuk terus membeli Welcome Deal semasa aktifkan eSIM Onexox Prepaid anda untuk layak terima tempoh sah 2 tahun 4 bulan (28 Bulan) bagi nombor Prepaid tersebut.
Sekiranya anda terlepas peluang membeli Welcome Deal semasa pengaktifan eSIM, anda masih ada 10 hari untuk membeli Welcome Deal selepas pengaktifan eSIM anda.