Semak dan Aktifkan Data Season Pass Onexox Guna Applikasi Black dan SMS

Bagi pengguna Onexox Prepaid yang ingin menggunakan data internet perlulah terlebih dahulu aktifkan data Season Pass. Anda boleh menyemak jumlah data Season Pass anda dengan dail *150*1# atau menggunakan aplikasi Black.

Semak Baki Data Season Pass

Salah satu cara untuk semak baki data Season Pass adalah dengan menggunakan USSD code iaitu dengan mendail *150*1#. Anda akan melihat paparan seperti gambar dibawah.

paparan baki data dan kredit onexox prepaid
Paparan baki data dan kredit Onexox Prepaid

Sekiranya anda menggunakan Aplikasi Black, anda perlu swipe ke nombor yang anda hendak semak bakinya dari paparan utama Apps Black.

Cara Aktifkan Data Season Pass

Menggunakan kod USSD

Cara paling senang adalah dengan menggunakan kod USSD aktifkan data Season Pass seperti berikut;

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 3 (Internet)
  3. Pilih menu 2 (Langgan dari Season Pass)
  4. Pilih nak aktifkan berapa GB.

Cara ini lebih pantas dan boleh dilakukan sekiranya anda tiada sambungan internet (data aktif habis). Sekiranya anda mahu aktifkan data Season Pass menggunakan aplikasi Black, anda perlu mempunyai sambungan internet untuk mengakses aplikasi Black ini.

Menggunakan Aplikasi Black

1. Tekan butang Subscribe Now
2. Kemudian klik pada ruang Select Package
3. Pilih berapa data yang nak diaktifkan

Dicadangkan untuk aktifkan 500MB untuk 30 hari sahaja setiap kali anda hendak mengaktifkan data Season Pass. Dengan ini dapat membantu anda berjimat. Ini kerana, setiap data yang aktif akan dihapuskan sekiranya tidak habis digunakan dalam tempoh yang dipilih.

Dalam contoh diatas, 500MB diaktifkan untuk tempoh 30 hari. Sekiranya data aktif yang berbaki dari 500MB tadi adalah 200MB setelah mencapai 30 hari, maka 200MB itu akan dihapuskan.

Namun sekiranya 500MB yang telah diaktifkan tadi habis sebelum 30 hari, anda boleh membuat semula langganan dengan mengulang cara aktifkan data Season Pass seperti yang ditunjukkan di atas.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan Onexox, anda boleh menghubungi Careline Onexox di 12273.