Aktifkan Simkad MNP Onexox Online

Sekiranya anda membeli simkad Onexox (kekalkan nombor/MNP) secara Online, anda perlu membuat pengesahan selepas simkad Onexox sampai kepada anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah,

  1. Masuk ke laman web rasmi Onexox atau klik sini.
2. Tekan Port-in Sim Card Verification
3. Masukkan nombor telefon, nombor siri dan kemudian tekan butang verify.

Nombor telefon yang perlu dimasukkan adalah nombor telefon yang ingin dikekalkan ke Onexox.

Nombor siri simkad boleh didapati di ‘simpack’ Onexox anda atau belakang simkad Onexox.

Selepas anda tekan butang verify, anda perlu tunggu telco asal anda menghantar SMS pengesahan (confirmation) berkenaan anda hendak keluar dari telco itu.

Gambar : Contoh SMS confirmation yang dihantar oleh Maxis yang telah direply oleh user.

Selepas anda membalas SMS pengesahan dari telco asal, anda hanya perlu tunggu sehingga talian telco asal anda hilang atau ditamatkan. Rujuk SMS pengesahan telco lain disini.

Anda juga boleh menyemak status perpindahan (port-in) ke telco Onexox dengan KLIK DISINI. Kemudian masukkan nombor telefon dan nombor siri simkad Onexox.

Klik pada port-in status dan masukkan maklumat yang diperlukan untuk mengetahui status perpindahan talian anda.

Selepas status berjaya, anda boleh masukkan simkad Onexox ke dalam smartphone anda.

Sebarang bantuan boleh hubungi dealer Onexox yang sah 01113346188 atau hubungi Careline Onexox 12273.