Data Habis? Beli Data Tambahan Seasonpass

Sekiranya anda sebagai pengguna Onexox Prepaid atau Onexox Black kehabisan data internet, anda boleh beli data tambahan Seasonpass. Ya betul, pengguna Onexox Black juga boleh membeli data tambahan Seasonpass.

Sebagai pengguna Onexox Prepaid, data season pass yang dibeli akan masuk ke kaunter Season Pass. Manakala pengguna Onexox Black, data Season pass yang dibeli akan terus aktif di dalam akaun Black dan ianya bersifat burn proof.

Cara Beli Data Season Pass menggunakan USSD *150#

1. Langkah pertama adalah dail *150#
2. Untuk pengguna Onexox Prepaid, pilih menu 6 untuk Season Pass, Untuk Pengguna Black pilih menu 4 untuk Season Pass
3. Pilih nombor 1 untuk menu Data Package
4. Pilih pakej data yang hendak dibeli, sebagai contoh nombor 2, untuk data 10GB dengan harga RM50
5. Pilih nombor 1 untuk membeli.
6. Anda akan menerima SMS memaklumkan pembelian data telah berjaya.

Cara Beli Data Season Pass Mengggunakan Apps Black

Selain menggunakan code USSD *150# untuk membeli data Season Pass, anda juga boleh membuat pembelian data Season pass menggunakan aplikasi Black. Namun cara ini mempunyai kelemahan, iaitu tidak boleh digunakan ketika anda tidak mempunyai capaian internet.

1. Masuk apps Black dan pilih SP Purchased (sebelah kiri bawah)
2. Pastikan nombor mana yang akan membeli Season Pass ini, kemudian baru pilih pakej di bahagian Select Package.
3. Pilih pakej yang dikehendaki dengan swipe ke kiri atau ke kanan, kemudian tekan butang Select This Package
4. Pilih cara pembayaran (payment Method) dan kemudian tekan butang Purchase.
5. Ada beberapa cara pembayaran yang disediakan. Selesai.

Cara Beli Data Season Pass menggunakan SMS

Selain dari menggunakan menu *150# dan Aplikasi Black, anda juga boleh membeli data Season Pass menggunakan sms. Ini adalah cara paling konvensional dan paling praktikal.

Caranya adalah dengan menghantar code data yang hendak dibeli ke nombor 23388.

code SMSKeterangan
SP C110GB data dan 333 Minit (Harga RM80)
SP C220GB data dan 333 Minit (Harga RM130)
SP D120GB data (Harga RM100)
SP D10GB10GB data (Harga RM50)
SP D230GB data (Harga RM150)
SP D350 GB data (Harga RM250)
SP D5GB5Gb data (Harga RM30)
SMS SP S11200 sms (Harga RM100)
Voice SP V1999 Minit (Harga RM90)
Kod sms untuk beli data, minit panggilan dan SMS Onexox

Contoh: sekiranya anda hendak membeli data 10GB anda perlu sms;

SP D10GB ke 23388

Sebagai pengguna, anda bebas untuk pilih cara yang mudah bagi anda untuk membeli data tambahan sama ada menggunakan Aplikasi Black, menu USSD *150# atau menggunakan SMS.

Bagi pengguna Onexox Black, sekiranya anda kehabisan data adalah dinasihatkan untuk tukar plan Black anda ke plan yang memberikan kuota data yang lebih banyak sama ada B59DB (44GB) atau B89DB (100GB). Ini kerana dengan langganan plan berkenaan dapat menjimatkan perbelanjaan anda berbanding anda membeli data tambahan Season Pass.

Anda boleh menghubungi (Whatsapp) Dealer 01113346188 untuk bantuan.