Onexox B150 Unlimited Data

Plan Onexox B150

Plan terbaru Onexox B150 termasuk dalam plan Onexox Black. Menawarkan data tanpa had dengan FUP 250GB, panggilan tanpa had dan 200 SMS sebulan dengan harga RM50 sebulan (tidak termasuk 6% SST).

B150

  • Data tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • 200 SMS setiap bulan
  • Hotspot 100%
  • Tiada kontrak
  • Data baki carry forward
    (baki blok terkini)
RM53 setiap bulan

*Sekiranya careline mengatakan baki data tak carry forward untuk B150 ini, mereka tak salah. Mungkin mereka belum rujuk pada panduan yang terkini.

Daftar plan Onexox B150

Plan ini merupakan plan paling berbaloi untuk dimiliki untuk perbelanjaan bulanan anda. Dengan bayaran langganan bulanan sebanyak RM53 (termasuk 6% sst) anda boleh dapatkan Onexox B150 sama ada dengan;

  1. Simkad baru (Nombor baru)
  2. MNP (kekalkan nombor dari telco selain Onexox)
  3. Tukar plan dari Plan Onexox sedia ada (Prepaid, WAWA, Black B39 dan kebawah)
plan b150 onexox

Pecahan block data B150

Sama seperti Onexox Black yang lain, B150 juga mempunyai sistem pembahagian data block seperti Plan Onexox Black DB. Berikut adalah susunan data berkelajuan tinggi 250GB FUP untuk B150.

*Kelajuan internet akan dikurangkan (throttle down) ke 512Kbps selepas penggunaan data mencapai limit kuota (FUP, fair usage policy) 250GB.

250GB’s Block

1st block – 130GB

2nd block – 20GB

3rd block – 20GB

4th block – 20GB

5th block – 20GB

6th block – 20GB

7th block – 20GB

the block-by-block basis

Blok data ini berfungsi untuk tujuan bawa kehadapan (carry forward) baki data yang tidak digunakan. Sebagai contoh, penggunaan data dari blok pertama telah habis, pengguna akan terus menikmati data 20GB dari blok kedua secara automatik.

Andai kata pada blok kedua ini pengguna hanya menggunakan 10GB data, baki 10GB akan dibawa ke cycle seterusnya (bulan depan) menjadikan blok pertama pada cycle baru 140GB (130GB+10GB).

Beli dan daftar Onexox B150

Pendaftaran dan pembelian plan Onexox B150 boleh didapatkan melalui dealer Onexox yang sah dan di mana-mana centre Onexox x-force. Selain itu anda boleh mendapatkan plan ini secara atas talian (online) di link ini atau melalui butang yang saya sertakan di bawah.

Data tambahan B150

Bagi pengguna yang banyak menggunakan data, selepas penggunaan data mencapai FUP (250GB) pengguna boleh membeli data tambahan khas 5GB dan 10GB dengn harga RM15 dan RM25 masing-masing.

Data Add-On Harga (RM)
5GB RM15
10GB RM25

Data tambahan ini adalah data yang berkelajuan tinggi tanpa sebarang sekatan sama seperti kelajuan 250GB yang diperuntukkan untuk plan ini dan lain-lain plan Onexox hi speed data.

Dapatkan Onexox B150 Sekarang