Unlimited 35 baru, data & panggilan tanpa had

Onexox telah menaik taraf plan UNL35 terdahulu kepada Unlimited 35 baru, data & panggilan tanpa had. UNL35 ini boleh dilanggan oleh pengguna plan Onexox Normal Prepaid sahaja.

Dengan hanya RM35 sebulan, pengguna akan menikmati data dan panggilan tanpa had. Yang lebih menarik, pengguna juga boleh hotspot data kepada peranti lain tanpa had, tiada sebarang sekatan.

Fair Usage Policy Unlimited 35 Baru

Namun perlu diingat, Data Unlimited UNL35 ini ditawarkan dibawah Fair Usage Policy (FUP) dan dihadkan untuk 100GB yang pertama untuk setiap langganan, dengan kelajuan data 3Mbps. Selepas mencapai 100GB, kelajuan data ditukar kepada 512Kbps.

UNL35 lamaUnlimited 35
Harga langgananRM35RM35
Kuota data50Gb (versi lama)Unlimited (100GB FUP)
Minit panggilan50 minit (versi lama)Unlimited
Kelajuan data3Mbps3Mbps

Cara langgan plan UNL35 Onexox

Pengguna Onexox Prepaid (Normal) boleh melanggan plan UNL35 ini dengan;

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 3 (Internet)
  3. Pilih menu 1 (Unlimited 35)
  4. Pilih menu 1 (RM35: Unlimited data at 3Mbps + Unlimited call)
  5. Pilih menu 1 (Yes/Ya)

Beli Onexox Prepaid

Sekiranya anda belum menggunakan Onexox Normal Prepaid, anda boleh beli secara Online di sini sama ada fizikal sim atau eSim. Semasa pembelian pastikan anda memilih pilihan Normal Prepaid.

Anda boleh membeli nombor baru di bahagian Sign Up Now atau kekalkan nombor lama dari telco lain di bahagian Switch Now.

UNL35 sebagai Welcome Deal

Semasa pembelian online

Untuk pengguna Onexox Prepaid baru, anda boleh memilih pilihan UNL35 sebagai Welcome Deal anda sekaligus layak mendapat tempoh sah aktif sim 36 bulan (3 tahun). Pilihan ini dibuat semasa proses pembelian online dilakukan.

Selepas nombor diaktifkan

Walaubagaimanapun, pengguna baru boleh membeli Welcome Deal dalam tempoh 10 hari selepas nombor Onexox Prepaid anda diaktifkan. Pastikan anda rebut peluang dalam tempoh 10 hari berkenaan dengan memilih UNL35 sebagai Welcome Deal anda.

Cara langgan UNL35 sebagai Welcome Deal

Selepas nombor Onexox Prepaid anda aktif, hantar SMS SP UNL35 ke 23388. Pastikan kredit anda mencukupi sebanyak RM35.

Hotspot Unlimited (Selagi data aktif)

Apa yang menarik tentang plan Ultimate 35 ini adalah kesemua 100GB data internet boleh diguna bersama (hotspot) kepada peranti (device) lain 100% tanpa syarat.

Data internet untuk plan UNL35 ini bersifat aktif dan tidak boleh dikongsi (transfer) ke nombor lain sepertimana data Season Pass.

Langganan semula UNL35

Sekiranya penggunaan data telah mencecah 100GB sebelum tempoh sebulan, pengguna masih boleh terus menggunakan data dengan kelajuan 512Kbps. Selepas tamat sebulan, akses data akan ditamatkan.

Pengguna boleh pada bila-bila masa tanpa perlu tunggu tempoh sebulan untuk melanggan semula plan UNL35 ini.

Tiada Langganan Bulanan

Plan ini tidak wajib dilanggan, sekiranya pelanggan tidak perlukan langganan pada bulan berikutnya maka tak perlu buat langganan. Ianya bukan seperti plan Onexox Black yang wajib langgan dan wajib topup setiap bulan.

Ini merupakan ciri khas yang menarik UNL35 untuk anda mencuba plan baru ini.

Langgan Plan Onexox Prepaid

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan plan Ultimate 35 ini, boleh dapatkan Onexox Prepaid secara online sekarang dan berjimat dengan Plan Ultimate 35 ini sekarang.

Bagi pengguna baru boleh kekalkan nombor atau pilih nombor baru. Simkad akan dihantar terus ke alamat anda dan penghantaran adalah percuma. Pastikan pilih Welcome Deal Ultimate 35 (UNL35) sebelum check out.