Bagi mana-mana simkad, sekiranya simkad tiada signal atau tertulis No Service, tak semestinya simkad anda sudah diblock atau terminated. Dalam artikel ini saya akan jelaskan kenapa ianya berlaku. Ada 3 sebab utama simkad anda No service;
- Simkad rosak
- Phone Rosak
- Simkad dah ditamatkan perkhidmatan (tak topup)
Mengenali punca kenapa simkad tiada signal
Cip sim rosak atau tak dapat dikesan
Kebarangkalian simkad tiada signal salah satunya adalah mungkin kerana cip simkad yang tak dapat dikesan oleh slot pembaca sim telefon anda. Apa yang anda boleh buat adalah mengeluarkan simkad anda dari phone dan gosok bahagian cip sim dengan menggunakan pemadam getah atau apa-apa material getal (gelang getah).
Tujuannya adalah untuk membersihkan cip sim daripada sebarang kekotoran dan daki (sekiranya ada) yang menghalang ianya bersentuhan dengan pembaca sim.
Selepas itu cuba masukkan kembali simkad ke telefon anda. Sekiranya masih tidak menunjukkan signal cuba masukkan ke phone lain. Kalau ok, maksudnya slot sim yang sebelum ni rosak. Kalau tak ok jugak, bermaksud simkad anda telah rosak.
Beli simkad gantian
Anda boleh dapatkan simkad gantian di Shopee dengan menggunakan kata carian Sim SRP Onexox. Semua kredit dan data yang ada pada simkad yang rosak akan dibawa ke simkad baru/gantian tu nanti. Untuk aktifkan simkad gantian, anda perlu menghubungi mana-mana dealer sah onexox untuk pengaktifan. Atau boleh Whatsapp saya O1113346188.
Simkad telah ditamatkan (terminated)
Sebelum anda membeli Simkad gantian, kena pastikan dahulu dengan mana-mana dealer Onexox, sama ada simkad anda masih boleh digunakan atau tak.
Berkemungkinan simkad anda telah ditamatkan perkhidmatan kerana tidak ditambai nilai (topup). Anda sendiri yang tahu bila kali terakhir simkad anda ditopup.
Kalau dah terlalu lama tak topup, besar kemungkinan simkad anda tidak lagi boleh digunakan. Lebih lebih lagi bagi penguna Onexox Black yang mana sekiranya simkad tidak ditopup (bayar bil) dalam tempoh lebih 3 bulan, maksudnya simkad anda itu telah ditamatkan perkhidmatannya.
Namun sekiranya anda pengguna Onexox Prepaid dan telah mendapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan (beli welcome deal), anda perlu pastikan sama ada simkad anda masih aktif atau tidak melalui dealer-dealer Onexox
7 thoughts on “Simkad tiada signal, punca dan penyelesaian”
Rendi Gunawan
Sy guna prepaid xox.. line boleh guna utk call out Dan receive call, tp xde internet.. sy dh langgan unl35 Dan tunggu capaian internet tp x berjaya.. bile sy Cuba beli sekali lg, die bg notifications mcm ni ” your subscription is already active.. please call 12273 for more information or if you require any assistance”..
Dan hingga kini no 0126626165 masih belum dpt guna internet..ðŸ˜
call careline 12273 untuk semakan.
Line kadang kadang ada , masa tekan call . Line 0 selalu , tak boleh call out dan in.
Line ada. Internet ada. Langgan internet semua boleh.
Tpi bila nak call tak boleh. Orang call kita , kita cuma dapat sms miscall dr orang sahaja.
Kenapa ye ?
Hubungi Caroline untuk bantuan lanjut
12273 – call guna sim Onexox
1300888010 – call guna selain sim Onexox.