2 Langkah Tebus Reward guna Aplikasi Black Onexox

Segala reward yang ditawarkan dalam Onexox perlulah ditebus melalui aplikasi Black. Namun masih ada sesetengah reward/ganjaran Onexox yang perlu ditebus menggunakan code SMS dan ada juga yang tidak perlu ditebus (masuk secara automatik). Artikel ini akan menunjukkan cara redeem/tebus reward guna aplikasi Black Onexox.

Antara reward atau ganjaran yang perlu ditebus menggunakan aplikasi Black adalah reward Happy Hour. Berikut adalah contoh Happy Hour sempena dengan Tahun Baru Cina.

Happy Hour ini khusus untuk pengguna Onexox Prepaid

Dalam Happy Hour di atas menunjukkan anda akan dapat 3GB data dan 188 minit panggilan sebagai reward sekiranya anda membeli Happy Hour CONFIRM DAPAT 10GB ini.

Data masuk ke kaunter Season Pass Onexox Prepaid

Memandangkan Happy Hour ini hanya boleh dibeli oleh pengguna Onexox Prepaid, maka 10GB akan dimasukkan ke dalam kaunter Season Pass secara automatik selepas pembelian. Manakala ganjaran atau reward berupa 3Gb data dan 188 minit panggilan itu perlu ditebus/redeem menggunakan aplikasi Black.

Ganjaran / Reward perlu ditebus

Anda perlu install Aplikasi Black untuk menebus ganjaran dari Happy Hour ini. Sekiranya anda tidak menebus, ganjaran tersebut iaitu 3Gb data dan 188 minit panggilan tidak akan terpapar atau tidak dapat digunakan.

Cara untuk tebus/redeem ganjaran reward Happy Hour

1. Pada halaman utama apps Black, klik butang sebelah kanan bawah (icon manusia)
2. Klik butang Reward/Ganjaran dan pilih reward. Tekan butang tebus untuk menggunakan data dan minit panggilan berkenaan.

Reward Tidak Masuk ke Season Pass

Reward yang telah ditebus tidak akan dimasukkan ke kaunter Season Pass Onexox Prepaid. Sama ada data 3Gb atau minit panggilan sebanyak 188 minit yang diberikan itu.

Semasa penebusan, anda akan dimaklumkan bahawa 3GB data dan 188 minit panggilan itu perlu dihabiskan dalam tempoh 60 hari ( 2 bulan). Maknanya sekiranya 3Gb data dan 188 minit panggilan itu tidak dihabiskan dalam tempoh 2 bulan, maka bakinya akan dihapuskan selepas tempoh itu.

Selain itu diterangkan juga sekiranya reward berkenaan perlu ditebus sebelum 12.04 yang mana tarikh berkenaan adalah 2 bulan dari tempoh Happy Hour dibeli. Sekiranya anda tidak menebus reward selepas tarikh berkenaan, maka reward itu akan lupus (expired).

Tempoh yang diberikan untuk menebus dan menggunakan reward 3Gb dan 188 minit berkenaan adalah memadai dan mencukupi bagi rata-rata pengguna di Malaysia.