Nombor telefon expired
Onexox Prepaid kini telah mengubah ciri tempoh sah panjang akaun Prepaid kepada peraturan yang baru. Pada pandangan saya, peraturan tempoh sah Onexox Prepaid tekini ini dilaksanakan bagi memastikan pengguna Onexox Prepaid tidak terlepas pandang atau kehilangan nombor yang digunakan untuk sekian lama akibat lupa untuk membuat tambah nilai.
Tempoh sah Onexox Prepaid panjang
Jika sebelum ini pengguna Onexox Prepaid yang mempunyai tempoh sah aktif sim (validity) yang panjang contohnya tamat tempoh lagi 10 tahun dari tarikh terkini, maka pengguna tersebut tidak perlu membuat tambah nilai dalam tempoh 10 tahun itu sekiranya tidak perlu.
Syarat tambah nilai RM30
Namun syarat terkini untuk tempoh sah Onexox Prepaid itu berkekalan adalah pengguna perlu membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 dalam tempoh 120 hari selepas tarikh akhir tambah nilai dibuat.
Pengguna aktif
Perkara ini tidak menjadi masalah kepada pengguna yang memang menggunakan perkhidmatan telco Onexox sebagai talian utamanya. Penggunaan seperti ini akan terus mengekalkan tempoh sah aktif (validity) simkadnya kerana kekerapan tambah nilai yang dibuat untuk perkara-perkara berikut;
- Tambah nilai untuk beli data setiap bulan (Unlimited 35 contohnya)
- Tambah nilai kerana perlu menggunakan kredit untuk menghantar SMS atau panggilan.
Jadi tempoh sah aktif SIM kadnya tetap bertambah mengikut jumlah tambah nilai yang dibuat.
Jarang tambah nilai Onexox Prepaid
Berbeza dengan pengguna Onexox Prepaid yang hanya menggunakan talian Onexox sebagai nombor kedua atau nombor backup, mereka ini sering terlupa dan terlepas pandang tentang tempoh sah aktif simkadnya.
Lebih teruk lagi, pengguna seperti ini tak perasan simkadnya telah diblock, seterusnya diterminate. Dalam fasa terminate, pengguna perlu membuat permohonan kepada Onexox untuk mendapatkan semula nombor berkenaan.
Syarat baru tempoh sah Onexox Prepaid
Disebabkan perkara inilah, saya rasa Onexox melaksanakan peraturan baru ini iaitu setiap pengguna Onexox Prepaid perlu membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 setiap 120 hari bagi memastikan tempoh sah aktif yang panjang tu terpelihara dan SIM kad terus aktif.
Onexox Prepaid perlu ditambah nilai sekurang-kurangnya RM30 setiap 120 hari.
Bagi pengguna yang tempoh sah aktifnya panjang, dan aktif menggunakan talian Onexox (rajin tambah nilai) maka tempoh sah aktifnya akan bertambah seperti biasa.
Kesan sekiranya kena barred atau block
Manakala sekiranya pengguna Onexox Prepaid yang mempunyai tempoh sah yang panjang tetapi tidak membuat tambah nilai RM30 dalam tempoh 120 hari, maka tempoh sah yang panjang akan diset semula menjadi seperti simkad normal lain iaitu 30 hari.
Beli tempoh sah (validity)
Apa yang perlu dibuat bagi pengguna Onexox Prepaid yang telah kehilangan tempoh sah aktif yang panjang tu adalah dengan membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 dan menggunakan kredit itu untuk membeli tempoh sah aktif (validity) 6 bulan.
Kenapa saya tak galakkan pengguna ini membeli validity setahun (12 bulan)? Ini kerana tiada keperluan untuk mendapatkan validity panjang memandangkan pengguna perlu membuat tambah nilai RM30 lagi selepas 120 hari kemudian, iaitu lebih kurang 4 bulan sahaja. Jadi tempoh sah setahun tidak berguna lagi untuk situasi ini.
Tambah nilai setiap 120 hari
Dah tu kenapa saya menyarankan pengguna untuk beli tempoh sah 6 bulan sedangkan dalam tempoh 120 hari pengguna perlu membuat tambah nilai RM30 lagi?
Ini penjelasannya. Pengguna membuat tambah nilai RM30 untuk mengaktifkan simkadnya yang telah disekat, atau diblock taliannya. Dengan tambah nilai itu simkad berkenaan akan aktif dan mempunyai validity 30 hari. Sekiranya pengguna tidak membeli validity 6 bulan, maka simkad itu akan disekat semula selepas 30 hari.
Pengguna perlu membuat tambah nilai untuk bulan berikutnya sebanyak RM30 lagi untuk memastikan simkadnya aktif dan boleh digunakan. Kan lebih baik pengguna tu beli je tempoh sah aktif 6 bulan tu, lebih jimat berbanding nak topup setiap bulan.
Dah tu kenapa tak beli tempoh sah 4 bulan je? Kan lebih jimat.
Harga tambah validity (tempoh sah aktif sim)
Untuk Onexox Prepaid, hanya 2 pilihan tersedia untuk tempoh sah iaitu;
- tempoh sah 12 bulan (valid 12) RM25, dan
- tempoh sah 6 bulan (valid 6) Rm18.
Ianya masih sangat berbaloi untuk penjimatan. RM30 (tambah nilai) untuk 120 hari lebih kurang RM0.25 sehari atau RM7.50 sebulan.
Onexox Prepaid lebih berbaloi sekiranya digunakan sebagai talian utama. Pengguna boleh langgan pakej Unlimited 35 dan dapat Unlimited data (FUP 200GB 3Mbps) dan Unlimited call untuk sebulan.
One thought on “Syarat baru tempoh sah Onexox Prepaid”