Bagi pengguna Onexox yang membuat tambah nilai secara terus menggunakan aplikasi atau website bank (Maybank, Bank Islam, dan Bank Rakyat), anda mungkin menghadapi masalah topup Onexox tak masuk.
Pengguna akan menerima SMS dari pihak bank tempat anda membeli topup. Sekiranya anda membeli dari menu Prepaid Reload di Maybank, anda akan terima SMS dari pihak Maybank ke nombor telefon yang anda masukkan.
Cara topup Onexox guna kod USSD
Rujuk gambar dibawah, ini adalah contoh SMS yang dihantar oleh pihak Maybank ke nombor telefon anda.
SMS dari Maybank ini mengandungi nombor PIN (16 digit) dan cara untuk membuat tambah nilai. Abaikan cara membuat tambah nilai yang terkandung dalam SMS itu. Pengguna Onexox Prepaid perlu membuat tambah nilai secara manual dengan cara;
- Dail *150#
- Pilih menu 2 (Tambah nilai)
- Ikut langkah seterusnya sama ada nak topup nombor sendiri atau nombor Onexox lain (tak kira sama ada Prepaid atau Black).
Bagi pengguna Onexox Black, anda boleh meminta bantuan pengguna Onexox Prepaid untuk membuat tambah nilai menggunakan menu USSD *150# berkenaan.
Tambah nilai Onexox guna SMS
Selain menggunakan kod USSD di atas, pengguna Onexox Prepaid dan Onexox Black boleh menggunakan cara SMS.
Hantar sms:
REC NomborTelefon NomborPIN16Digit
ke 23388.
Contoh:
REC 0192382354 5225944606169006
dan hantar ke 23388 atau 22111
Hubungi Careline bantuan Onexox
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat tambah nilai, anda boleh menghubungi talian bantuan Onexox (Careline) di nombor 12273 (guna sim Onexox) atau 1300888010 menggunakan talian lain.
4 thoughts on “Topup Onexox tak masuk (Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat)”
Top-up many time not received but already deducted in bank account.
call semula bank untuk hantar sms PIN topup.
topup guna m2u tp xterima sms no pin.. camne nk contact bank klu jd gini?
Hubungi Maybank 1300 88 6688 (Customer service Maybank)