Sebelum ni saya ada kongsikan cerita bagaimana saya membuat port out dari telco Maxis ke Onexox yang agak tricky. Kali ini saya nak kongsikan trick dan tips untuk bertukar dari Celcom ke Onexox pulak.
Macam biasa, boleh nak port out dari telco asal ke Onexox akan dilakukan selepas user bersetuju. Hanya dealer Onexox sahaja yang boleh buat proses MNP ni.
SMS Pengesahan tukar talian dari telco asal
Proses nak port out dari sesuatu telco ke telco Onexox adalah sama. Ye, semua proses nak tukar telco ni sama je untuk mana-mana telco. Tapi cara untuk reply atau balas SMS confirmation (pengesahan) je yang berbeza antara setiap telco asal.
Semua telco Celcom, Digi, Maxis, Tunetalk, Unifi, umobile dan lain perlu reply SMS pengesahan yang dihantar. Setiap telco ada cara tersendiri untuk reply sms tu. Cara reply biasanya diterangkan dalam SMS yang dihantar.
Sedikit kelainan untuk sistem pengesahan port out Yoodo. Pengguna Yoodo yang nak bertukar ke telco lain perlu klik pada link yang diberikan Yoodo ke dalam email pengguna. Mereka (Yoodo) tak guna sistem SMS. Canggih la tu kan.
Cara Tukar talian Celcom ke Onexox
Berbalik kepada cara untuk port Out Celcom ke Onexox (atau telco lain), user perlu reply SMS pengesahan yang dihantar dengan menggunakan cara terbaru.
Kalau kita tengok jadual kat atas ni, untuk reply SMS confirmation dari Celcom adalah dengan cara reply sms yang dihantar oleh Celcom. Iaitu reply YES ke 28882.
Tapi itu cara lama tuan-tuan. Celcom dah ada cara baru untuk reply sms tu. Kali ini lebih mengelirukan dan lebih complicated. Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Jom saya ceritakan pasal gambar kat atas ni.
Cara terbaru untuk mengesahkan Port Out Request dari Celcom adalah dengan mereply sms PortOut YES 01XXXXXXXX. Ianya lebih panjang dari versi sebelumnya iaitu sms YES sahaja.
Perhatikan ayat SMS dari Celcom tu, Ayat arahan pertama yang ditulis adalah Reply PortOut NO 01XXXXXXXX or confirm with PortOut YES 01XXXXXXXX before bla bla bla. Wow, just wow. Ayat pertama tu boleh mengelirukan user yang nak bertukar pada pendapat saya. Jadi user yang nak bertukar perlu berhati-hati kat sini dan baca betul-betul setiap arahan yang diberikan.
Terbaru: PortOut YES 601XXXXXXXX
Masih merujuk kepada screenshot SMS di atas. Kalau anda perasan, User dah dapat sms confirmation sebelum ini dan TELAH reply sms pada waktu yang diberikan seperti yang kita boleh nampak. Tapi masih mendapat respon “We have not received your confirmation”.
Sudahnya dalam sistem pendaftaran Onexox akan menerima laporan port-in gagal dengan error code SP71 – User TIDAK / LAMBAT membalas sms pengesahan port out daripada donor asal.
Celcom buat Survey Kenapa Bertukar
Selepas anda reply PortOut YES 019XXXXXXX tu, anda akan terima lagi SMS dari Celcom. Kali ini Celcom hanya nak survey je.
RM0 Select your reason for leaving Celcom, reply SMS with number.
1.Better offer
2.Expensive plan
3.Network coverage
4.Slow downloading
5.Billing issue
6.Others
Anda bebas jawab tentang permasalahan anda untuk keluar dari Celcom. Tiada betul atau salah kat sini. Hanya perlu reply nombor sahaja. Contoh nak reply Better Offer, hanya anda perlu reply 1 ke SMS berkenaan.
Tapi isu ni bukan isu luar biasa. Saya sebagai dealer Onexox, pernah beberapa kali dapat kes seperti ini. Tak kiralah dari telco apa pun.
Ada telco yang bila kita proses port out akan putuskan talian sementara – SP66, ada yang kata user tak reply confirmation SP71 dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang jalan terbaik adalah dengan membuat laporan terus ke SKMM dengan sertakan bukti yang ada. Screenshot segala apa yang ada dan hantar laporan. InsyaAllah perkara akan diselesaikan secepat mungkin.
Tawaran Menarik semasa Proses Port Out.
Biasanya user akan mengadu pada saya, telco asal akan call dan membuat tawaran-tawaran menarik untuk user terus kekal dengan telco sedia ada. Bagi saya itu biasa. Kiranya macam cubaan terakhir untuk halang user berpindah atau bertukar telco.
Tapi kalau menurut SKMM, perkara seumpama itu boleh dilaporkan kepada SKMM untuk tindakan yang sepatutnya. Makna kata, perbuatan untuk counter-offer kepada user adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Bagi anda yang berminat nak tukar talian Celcom ke Onexox, boleh hubungi saya O1113346188 (whatsapp). Tidak tertakluk pada Celcom sahaja, kalau dari telco Maxis, Digi, Umobile, Tunetalk, Unifi, Ton
2 thoughts on “Cara Tukar Celcom ke Onexox, agak licik”
saya dpt msg utk reply PortOutYes tu tp asyik retry je….saya nk buat cmna ye
call careline tanya kenapa tak boleh buat.