SMS Tukar line Telefon kelirukan proses Port Out

Kalau ikut pengalaman saya membantu pelanggan untuk port out dari Telco asal ke Telco Onexox, memang terdapat beberapa kekeliruan yang terjadi. Ada yang kata pengguna tak reply mesej lah, ada yang kata nombor ic tak match lah, ada yang kata akaun ada tunggakan, dan lain-lain lagi. Tapi Kali ni saya nak tunjukkan sms tukar line Telefon yang kelirukan pengguna.

Gagal tukar line sebab keliru

Pengguna ni mengadu yang dia dah submit port out dari Umobile ke Onexox beberapa kali tapi gagal. Bila saya mintak dia screenshot cara dia reply sms yang Umobile bagi, ternyata memang dia yang salah reply sms confirmation Dari Umobile.

Kekeliruan yang timbul (SMS Port Out)

Tapi nak salahkan dia 100% pun tak boleh jugak, sebab bila saya tengok sms arahan Dari Umobile untuk port out tu agak mengelirukan. Cuba tengok tangkap layer kat bawah ni.

Kalau tengok cara pelanggan reply sms tu memang ada kesalahan apabila dia meletakkan tanda “<” Dan “>” untuk nombor telefonnya. Ini merupakan kekeliruan pertama yang mana pelanggan ni memang terkeliru.

Kekeliruan kedua adalah ayat Reply N or to confirm Port Out YES <Mobile No.>

Ayat SMS mengelirukan Dan tak perlu

Kenapa perlu diajar untuk Reply N (sekiranya nak membatalkan niat/tujuan port out). Ayat ni pada saya boleh mengelirukan pelanggan. Dah kalau betul pun pelanggan tak jadi nak port out, pelanggan boleh je abaikan sms tu dan proses port out pun akan dibatalkan apabila tamat tempoh yang ditetapkan untuk reply sms tu. Biasanya 12 jam.

Sepatutnya Telco perlu jujur untuk sms port out ni, hanya letak cara untuk confirm sahaja. Gunakan ayat yang lebih mudah difahami. Bukannya dengan cara mengelirukan orang. Boleh je guna ayat camni;

We have received your request to port out from Umobile. To confirm, reply Y. Ignore this SMS if you do not wish to continue the port-out process.

Nampak tak? Ianya lebih memudahkan urusan Dan straight to the point.

Kalau ikut sms asal tu, saya sendiri pun keliru sama ada nak reply;

  1. YES 018XXXXXX atau,
  2. Port Out YES 018XXXXXX

Sepanjang saya bantu pelanggan untuk port out dari Telco asal mereka ke Telco Onexox ni, antara kekeliruan yang berlaku adalah huruf besar atau kecil yang menyebabkan port mereka gagal dan invalid. Contohnya

  1. Sepatutnya PortOut YES, tapi pelanggan reply portout yes.
  2. Sepatutnya Yes, tapi pelanggan reply yes.
  3. Sepatutnya PortOut YES 012XXXXXXX, tapi pelanggan reply port out yes sahaja,
  4. dan macam-macam lagi kesalahan lain.

Kalau diperhatikan, kenapa tak mudahkan je urusan mengesahkan proses port out? Dah memang pelanggan berniat nak port out sebab tu urusan port out tu dibuat oleh dealer Telco baru tu.

Pengesahan wajib untuk keselamatan

Pengesahan tetap juga diperlukan untuk tujuan keselamatan. Ye la, tak nak plak nanti scammer buat proses port out untuk hijack (ambil alih) nombor Telefon orang lain.

Selain tu proses port out masih boleh digagalkan sekiranya;

  1. Nombor kad pengenalan yang dimasukkan tak sama dengan no kad pengenalan yang pernah didaftarkan pada Telco asal.
  2. Nombor Telefon atau akaun berkenaan mempunyai tunggakan
  3. Nombor Telefon mempunyai kontrak
  4. dan lain lain mengikut code-code reject lain.

Rejection atau penolakan untuk menjayakan proses port out atas sebab di atas ni memang wajar. Yang tak wajarnya adalah sms yang mengelirukan pelanggan yang reply dengan sms yang salah sebab mereka terkeliru.

Sebenarnya bukan untuk Telco Umobile je secara spesifik, tapi telco-telco lain jugak. Tapi saya fahamlah proses ni agaknya untuk membuatkan pelanggan putus asa dan kekal di Telco asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *