2 Langkah Mudah Tukar Simkad ke eSIM Onexox Prepaid dan Black

Bagi pelanggan Onexox Prepaid atau Black sedia ada, anda boleh tukar simkad ke eSIM Onexox Prepaid dan Black secara online. Anda perlu pastikan telefon anda mempunyai ciri khas untuk penggunaan eSIM sebelum bertukar dari simkad fizikal ke elektronik sim (e-SIM).

Login ke Selfcare Onexox

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah login ke portal Selfcare Onexox. Sekiranya anda belum daftar akaun di Selfcare XOX ini, klik pada link Sign Up Here di bawah butang Login untuk mendaftar.

Antara muka XOX Selfcare.

Sekiranya anda sudah mendaftar, klik pada bahagian Phone Number (rujuk gambar dibawah) kemudian masukkan nombor dan tekan butang Login.

Klik pada bahgian Phone Number dan klik Login

Anda akan terima Code TAC pada sms ditelefon anda. Masukkan kod TAC dan klik butang VERIFY

Masukkan kod TAC yang anda terima dalam SMS dan tekan butang Verify.

Pada paparan utama, klik pada Menu Plan and Simcard Management.

Klik pada menu Plan and SIM Card Mangement.

Satu Popup Window akan terpapar “Change Physical to eSIM” untuk anda pilih. Klik pada butang YES untuk bertukar ke eSIM.

Klik pada butang YES untuk tukar simkad fizikal ke eSIM Onexox

Ikut langkah seterusnya dan scan QR Code yang diberikan untuk lengkapkan proses tukar simkad ke eSIM Onexox.

Aktifkan eSIM untuk Pelanggan Baru Onexox (Tukar Talian ke Onexox)

Sekiranya anda belum menggunakan Onexox, anda boleh bertukar dari telco lama anda ke Onexox Prepaid atau Black menggunakan eSIM sepantas 5 minit. Anda boleh daftar di laman rasmi Onexox sekarang dan terima arahan lanjut di dalam email anda untuk aktifkan nombor anda.

Klik butang SWITCH NOW pada banner XOX eSIM dan pilih sama ada Prepaid atau Black.

Proses pertukaran telco akan mengambil masa 24 jam sebelum berjaya.

Anda boleh kekalkan nombor dari talian asal anda sama ada dari Celcom, Maxis, Digi, Umobile, Tunetalk, ToneWow, Tone Excel, RedOne, YES, Yoodo dan lain lain telco yang ada di Malaysia terus ke eSIM Onexox Black atau Prepaid.

Aktifkan eSIM untuk Nombor Baru Onexox Black atau Prepaid

Bagi pelanggan yang ingin menggunakan eSIM untuk nombor baru Onexox sama ada Prepaid atau Black, boleh terus daftar di Laman Rasmi Onexox (klik sini) dan pilih eSIM pada pilihan yang disediakan sebelum memilih nombor yang anda kehendaki.

Pengaktifan eSIM untuk nombor baru Onexox (Prepaid atau Black) hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sebelum ia boleh digunakan.

Bagi pengguna Prepaid, anda digalakkan untuk terus membeli Welcome Deal semasa aktifkan eSIM Onexox Prepaid anda untuk layak terima tempoh sah 2 tahun 4 bulan (28 Bulan) bagi nombor Prepaid tersebut.

Sekiranya anda terlepas peluang membeli Welcome Deal semasa pengaktifan eSIM, anda masih ada 10 hari untuk membeli Welcome Deal selepas pengaktifan eSIM anda.