Cara Beli XOX Ultimate 35

Ultimate 35 merupakan plan internet Onexox Prepaid (Normal Prepaid) yang didatangkan dengan kuota data internet sebanyak 50GB dengan kelajuan internet 3Mbps dan 50 minit panggilan (kesemua rangkaian) dengan harga RM35 untuk tempoh sebulan. Dalam artikel ini akan diterangkan cara beli XOX Ultimate 35 sama ada untuk Welcome Deal atau Langganan Bulanan.

DATA INTERNETMINIT PANGGILAN
50 Gb (Kelajuan 3Mbps)50 Minit (Kesemua rangkaian telco)
Sah 30 HariBoleh disimpan
XOX Ultimate 35 (UNL35)

Ultimate 35 Sebagai Welcome Deal

Sekiranya anda merupakan pelanggan baru yang menggunakan Onexox Prepaid, anda boleh langgan Ultimate 35 sebagai Welcome Deal anda dalam tempoh 10 hari selepas talian Onexox anda diaktifkan. Langganan ini tertakluk kepada Plan Onexox Normal Prepaid sahaja. Sekiranya anda adalah pengguna Onexox WAWA Prepaid, plan ini tidak boleh dilanggan.

Cara untuk melanggan Ultimate 35 sebagai Welcome Deal (Pengguna baru sahaja); sms SP UNL35 dan hantar ke 23388.

SP UNL35

Pengguna akan menerima 50GB data internet aktif untuk penggunaan 1 bulan. Manakala 50 minit panggilan boleh diguna dan disimpan selagi ianya belum habis dan simkad aktif.

Untuk langganan UNL35 sebagai Welcome Deal, pengguna akan menerima tempoh sah aktif simkad sebanyak 36 bulan, bersamaan dengan 3 tahun.

Langgan atau beli XOX Ultimate 35 sebagai langganan bulanan

Langganan menggunakan SMS

Sekiranya data internet XOX Ultimate 35 yang pelanggan beli sebagai Welcome Deal tadi telah habis digunakan, pelanggan boleh membuat pembelian atau langganan baru pada bila-bila masa.

Hantar sms DATA UNL35 ke 23388. Pastikan kredit mencukupi sebagai RM35.

DATA UNL35

Langgan menggunakan USSD code

Untuk langgan UNL35 menggunakan USSD code, anda perlu;

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 3 (internet)
  3. Pilih menu 1 (unl35)
  4. Pilih menu 1 (sahkan)
  5. Pilih menu 1 (submit)

Semua data internet 50GB yang dibeli tadi boleh terus digunakan tanpa perlu aktifkan sepertimana data Season Pass Onexox.

Pengguna boleh pada bila-bila masa melanggan UNL35 (Ultimate 35) sekiranya tiada sebarang langganan internet yang aktif.

Pengguna baru boleh kekalkan nombor talian dari telco Maxis, Celcom, DIGI, Tunetalk, redONE, ToneWOW ke Onexox Prepaid dan nikmati tempoh sah paling panjang dengan melanggan Ultimate 35 sebagi Welcome Deal.

Pembelian boleh dibuat secara Online atau hubungi Dealer Onexox yang sah.

One thought on “Cara Beli XOX Ultimate 35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *