Ada beberapa cara yang digunakan untuk topup akaun Onexox. Tetapi anda perlu mengetahui cara kerja setiap topup itu dilaksanakan. Artikel ini akan dedahkan cara topup Onexox yang paling mudah dan pantas.
Cara Topup Onexox Terkini
Ada beberapa cara topup Onexox yang ada pada waktu ini;
- Beli topup di kedai topup dan masukkan PIN
- Menggunakan XOX Fast
- Melalui Aplikasi Black
- Melalui Dealer Onexox yang sah
- Melalui Apps Boost, TnG
- Beli secara terus dari Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN)
- JomPay
- Selfcare Onexox
Dalam beberapa cara yang disebut di atas, cara beli topup secara terus dari Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional adalah tidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pengguna dengan SMS yang dihantar.
Cara Topup Yang Digalakkan
Jadi cara terbaik dan yang digalakkan untuk topup Onexox adalah menggunakan XOX Fast, Apps Black, atau melalui Dealer Onexox yang sah. Sebab dengan cara ini topup terus masuk.
Cara Masukkan Topup Onexox
Sekiranya anda beli topup dari kedai, atau dari Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, anda akan diberikan nombor PIN.
Cara untuk masukkan nombor PIN Onexox ini ada 2 cara;
- Menggunakan Apps Black
- Masukkan PIN secara manual (Key IN)
Masukkan nombor PIN topup Onexox guna Apps Black

Anda boleh masukkan PIN yang anda peroleh dari kedai topup, Apps Boost, atau beli secara terus dari Bank. Untuk langkah yang lengkap, boleh rujuk topup Onexox guna PIN.
Anda juga boleh topupkan nombor Onexox orang lain menggunakan apps Black ini.
Cara Manual masukkan topup Onexox
Topup Nombor Sendiri
Nombor Prepaid
Dail *132*1*NomborPIN#
Nombor Black
Dail *132*2*NomborPIN#
Topup Nombor Orang Lain (nombor Onexox)
Nombor Prepaid
Dail *132*1*NomborPIN*0123456789#
Nombor Black
Dail *132*2*NomborPIN*0123456789#