Nak Tahu Kekuatan Coverage Onexox di Malaysia

Onexox merupakan MVNO (Mobile Virtual Network Operators) kepada Celcom. Telco Onexox menggunakan infrastruktur Celcom bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Jadi kekuatan coverage Onexox di Malaysia atau network Onexox adalah bergantung kepada kekuatan signal (isyarat) Celcom di sesebuah tempat.

Periksa Signal Onexox

Untuk menyemak kekuatan coverage Onexox di sesuatu tempat, anda boleh mengguna apps yang terdapat di Playstore dan Apple Store.

Terdapat 2 aplikasi yang dipercayai dan boleh digunakan untuk memeriksa kekuatan network Onexox di tempat anda.

  1. Nperf
  2. OpenSignal

Cara Semak Kekuatan Network Onexox Guna Apps

Untuk contoh kali ini, Aplikasi Nperf digunakan.

1. Buka apps Nperf

2. Klik menu di sebelah kiri atas dan pilih menu Coverage & Speed maps

3. Pilih Celcom sebagai rangkaian yang hendak diperiksa

4. Zoom secara manual kawasan yang anda ingin periksa.

Tanda kekuatan Signal dan Network di Sesebuah Kawasan

Pada gambar 4, kelihatan kawasan sekitar Cheng, Malim Jaya dan lain lain didominasi oleh warna merah. Merujuk kepada rujukan yang diberikan, warna merah menunjukkan kekuatan coverage Celcom di kawasan berkenaan adalah 4G+.

Ini bermakna, network Onexox adalah kuat di kawasan berkenaan.

Periksa kekuatan Coverage Sebelum Buat Keputusan Menggunakan Onexox

Secara keseluruhan, sebenarnya rangkaian Celcom adalah yang paling luas di Malaysia. Ini bermakna, Onexox juga mempunyai kekuatan signal yang sama di semua jajahan takluk Celcom.

Namun ini tidak bermakna anda yang berminat menggunakan plan Onexox terus mendaftar talian tanpa memeriksa coverage Celcom kawasan masing-masing terlebih dahulu. Ambil langkah bijak dengan pastikan dulu kekuatan rangkaian Celcom di kawasan anda, dan kemudian barulah daftar talian Onexox.

Plan Terbaik Onexox

Terdapat 2 plan Onexox yang paling hangat di pasaran pada waktu ini iaitu Plan Onexox B59DB dan B89DB. Anda boleh daftar plan yang bersesuaian dengan anda di Onexox Telco.

Plan B59DB akan mendapat sebanyak 44GB data manakala B89DB akan mendapat 100GB data. Kedua-dua plan didatangkan dengan Minit Panggilan Tanpa Had (Unlimited Call) beserta 100 dan 200 sms masing-masing.