Plan Onexox Black B54DB (Terbaru)

Plan Onexox Black B54DB adalah plan Black terbaru dalam keluarga DB (Data buffet). Plan ini dilancarkan bermula 21 Oktober 2021 atas permintaan dan corak penggunaan pengguna Mobile Data di Malaysia. Antara ciri-ciri utama plan B54DB ini adalah:

  1. Kuota data buffet sehingga 48GB
  2. Unlimited call (Panggilan tanpa had)
  3. 100 SMS setiap bulan
  4. Boleh hotspot data ke device lain 100%
  5. Bayaran bulanan RM49 (tidak termasuk SST)
Plan black

Plan Baru Data Buffet dalam Onexox Black

Data utama untuk B54db ini adalah 8GB dengan kelajuan tanpa had. Kemudian diikuti dengan Data Buffet blok kedua, ketiga, keempat dan kelima masing-masing dengan kuota 10GB dengan kelajuan 3Mbps. Mekanisma pembaharuan blok data sama seperti plan Data Buffet B59Db dan B89Db iaitu apabila data dalam blok terkini sudah berbaki kurang dari 2Gb, maka tambahan data sebanyak 10Gb akan diaktifkan secara automatik.

Block B54DB Onexox
Cara Onexox Black B54db berfungsi

Ini bermakna, secara keseluruhan pelanggan akan mendapat kuota internet sebanyak 48GB dalam kitaran (cycle) sebulan. Iaitu 8GB data internet berkelajuan tinggi tanpa sekatan dan 40GB data internet berkelajuan 3Mbps.

Baki Data Dibawa Kehadapan dan Season Pass

Sekiranya kitaran akaun pengguna B54DB tamat dan berada di blok kedua, iaitu blok 10GB dengan kelajuan internet 3Mbps, maka baki data pada blok itu sahaja yang akan dibawa kehadapan (carry forward) ke kitaran bulan depannya. Apa yang menarik, baki data pada blok kedua yang berkelajuan 3Mbps itu akan terkumpul bersama kuota 8GB di blok utama dan secara automatik semua data yang terkumpul di blok utama itu menjadi berkelajuan tinggi.

Untuk contoh lain, sekiranya anda membeli data tambahan semasa anda berada di blok kedua sehingga keempat, data Season Pass anda akan mempunyai kelajuan 3Mbps.

Cara Beli Sim Onexox Black B54DB

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan plan Onexox Black B54DB. Sama ada mendaftarkan nombor baru, kekalkan nombor lama dari telco lain dan upgrade dari Onexox Prepaid.

  1. Pembelian Online secara terus dari Onexox (Klik Sini)
  2. Menghubungi dealer Onexox yang sah
  3. Di mana-mana rangkaian X-Force Onexox

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan plan ini, boleh hubungi Dealer Onexox dengan kadar segera. Sementara plan ini memberikan harga tawaran iaitu RM49 setiap bulan selama 3 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *