Onexox Prepaid

Onexox Prepaid

Onexox Prepaid merupakan satu plan pra-bayar yang memberikan anda tempoh sah aktif (validity) 36 bulan dengan pembelian Welcome Deal. Tak kira anda daftar nombor baru atau kekalkan nombor lama ke Onexox Prepaid, anda layak untuk mendapatkan tempoh sah berkenaan.

Harga
Simkad RM10
Welcome Deal RM35
Postage Percuma
Tempoh Sah 3 Tahun
Jumlah kos RM45

Dengan hanya RM45 anda boleh menggunakan Onexox Prepaid tanpa sebarang tambah nilai dalam tempoh 3 tahun dan talian anda akan tetap aktif (boleh terima panggilan dan membuat panggilan).

Untuk membuat panggilan anda perlu mempunyai kredit atau talktime.

Pembelian Welcome Deal

Untuk layak mendapatkan tempoh sah aktif 3 tahun, pengguna wajib membeli salah satu Welcome Deal yang disediakan dalam tempoh 10 hari selepas simkad anda diaktifkan. Welcome Deal ini khas untuk pengguna Onexox Prepaid sahaja. WAWA Prepaid dan Onexox Black tidak layak untuk membeli Welcome deal.

Tempoh sah 36 bulan diberikan sekali sahaja untuk satu-satu nombor.

Sekiranya pengguna terlepas peluang membeli Welcome Deal dalam tempoh yang ditetapkan, maka pengguna telah terlepas peluang untuk mendapatkan tempoh sah aktif 36 bulan berkenaan.

Pilihan Welcome Deal

SP FAT5M

RM30

  • ✔ 10GB (Data aktif @ 30 hari)
  • ✔ 100 Minit Panggilan (Season Pass)
  • ✔ Tempoh Sah 36 Bulan
  • ✔ SMS SP FAT5M ke 23388

SP FAT10

RM50

  • ✔ 10GB (Season Pass)
  • ✔ 10GB (Data Aktif @ 30 hari)
  • ✔ Tempoh Sah 36 Bulan
  • ✔ SMS SP FAT10 ke 23388

🔥Unlimited 35🔥

RM35

  • ✔ Data Tanpa Had
    (Kelajuan 3 Mbps FUP 100GB)
  • ✔ Hotspot Tanpa Had (30 hari)
  • ✔ Panggilan Tanpa Had (30 hari)
  • ✔ Tempoh Sah 36 bulan
  • ✔ SMS SP UNL35 ke 23388

SP FAT10M

RM50

  • ✔ 20GB (Data Aktif @ 30 hari)
  • ✔ 333 Minit Panggilan (Season Pass)
  • ✔ Tempoh Sah 36 Bulan
  • ✔ SMS SP FAT10M ke 23388

SP FAT20

RM30

  • ✔ 20GB (Data Aktif @ 30 hari)
  • ✔ Tempoh Sah 36 Bulan
  • ✔ SMS SP FAT20 ke 23388

Hotspot tanpa had

Semua plan termasuk Onexox Prepaid memberikan pengguna kelebihan untuk berkongsi penggunaan internet kepada pengguna peranti lain. Tidak seperti kebanyakan telco lain yang menghadkan perkongsian (hotspot) internet. Selagi pengguna mempunyai data internet yang aktif, pengguna boleh berkongsi talian internet mereka kepada peranti lain menggunakan fungsi hotspot.

Tiada komitmen bulanan

Dengan tempoh sah aktif 36 bulan, pengguna tidak perlu memikirkan untuk membuat tambah nilai ke atas nombor Onexox Prepaid. Talian pengguna akan tetap aktif, boleh terima panggilan dan SMS. Namun sekiranya pengguna hendak menggunakan internet, data internet perlu dibeli menggunakan kredit.

Tempoh sah akan bertambah

Jangan risau, sekiranya pengguna membuat tambah nilai sama ada untuk membeli data internet, atau minit panggilan, tempoh sah talian anda akan ditambah dari tarikh akhir ianya aktif. Tempoh sah akan ditambah dengan kadaran RM1 = 1 hari. Bayangkan sekiranya pengguna kerap tambah nilai, tempoh sah akan semakin bertambah.

Tambah tempoh sah aktif

Selain tambah nilai untuk membeli data, pengguna juga boleh membeli tempoh sah aktif. Harga untuk tempoh sah aktif setahun Onexox Prepaid adalah RM25. Dengan membuat tambah nilai RM25, simkad pengguna akan ditambah tempoh sah sebanyak 25 hari. Kemudian beli tempoh sah aktif dengan tambah nilai RM25 tadi. Secara keseluruhan, pengguna akan dapat tambahan tempoh sah aktif 1 tahun 25 hari. Menarik kan?

Yang lebih menarik, tempoh sah aktif boleh dibeli berkali-kali tanpa had.

Tiada kontrak

Dengan Onexox Prepaid, pengguna tidak dikenakan sebarang kontrak. Sekiranya pengguna tidak suka dengan ciri-ciri Onexox Prepaid, boleh tukar ke plan lain atau telco lain dalam tempoh selepas 30 hari simkad diaktifkan.

Dapatkan Onexox Prepaid Sekarang


Onexox Prepaid Frequently Asked Question (F.A.Q)