Syarat Tukar Line Telefon dan Prosesnya

Untuk tukar talian telefon anda, anda perlu untuk dapatkan simkad baru untuk kekalkan nombor lama anda. Ada beberapa syarat tukar line telefon dan prosesnya yang anda perlu ketahui sebelum anda kekalkan nombor telefon anda ke telco yang baru.

Syarat Tukar Line Telefon

Selepas anda memastikan rangkaian yang anda hendak langgan kuat, anda perlu pastikan;

  • Simkad didaftarkan atas nama anda sendiri untuk mudahkan urusan pendaftaran.
  • Simkad masih aktif. Simkad/Nombor yang tidak aktif dan sudah expired tidak boleh ditukar ke mana-mana telco lain/baru.
  • Simkad telco baru sudah ada di tangan anda.
  • Tiada sebarang tunggakan dan hutang S.O.S semasa proses tukar line telefon.
  • Tidak terikat dengan kontrak dengan telco asal.
  • Mempunyai kredit sekurang-kurangnya RM0.50 sen atau bayaran bil semasa telas dilunaskan dengan kadar lebihan RM1.
  • Mempunyai dealer yang bertanggungjawab dan mahir dalam proses MNP atau kekalkan nombor lama ke talian baru.
Pastikan Dealer berpengetahuan dan bertanggungjawab

Semua syarat yang disebutkan di atas adalah sebagai fundemental untuk memudahkan proses tukar line telefon anda. Seperti yang dinyatakan diatas, dealer yang mahir adalah diperlukan bagi memastikan urusan kekalkan nombor telefon anda ke talian/telco baru berjalan lancar. Dan sekiranya menghadapi masalah, dealer tahu apa yang perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh membuat sendiri proses kekalkan nombor dari telco lama ke Onexox sendiri secara online di laman Onexox.

Proses Tukar Line Telefon (Kekalkan nombor lama)

  1. Maklumkan nombor telefon yang hendak dikekalkan ke talian baru dan sediakan kad pengenalan.
  2. Dealer akan membuat permohonan dengan menggunakan maklumat dan kad pengenalan yang anda berikan tadi menggunakan aplikasi pendaftaran yang khas untuk dealer.
  3. Selesai pendaftaran, dealer akan memaklumkan kepada anda untuk menunggu SMS pengesahan (confirmation) yang dihantar oleh telco asal ke simkad asal.
  4. Anda perlu membalas SMS itu mengikut arahan yang diberikan dalam SMS. Lain telco, lain cara balas SMSnya.
  5. Selepas anda berjaya balas SMS confirmation yang dihantar oleh pihak telco asal, anda perlu menunggu sehingga pihak telco asal tamatkan talian simkad lama anda.
  6. Masukkan simkad telco baru selepas talian di simkad lama telah ditamatkan.

Walaupun 6 langkah tukar line telefon ini nampak tersusun dan mudah, namun anda perlu bersedia dengan beberapa kemungkinan yang berlaku. Ada beberapa kes, pengguna akan tersekat di langkah yang ke-3 yang mana telco asal tidak menghantar SMS pengesahan.

Untuk kes sebegini, dealer yang mendaftarkan anda akan maklumkan kepada anda apa yang perlu dilakukan. Untuk tindakan pro-aktif, sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS pengesahan dalam tempoh 5 jam selepas pendaftaran dilakukan oleh dealer, anda bolehlah maklumkan perkara berikut kepada dealer untuk tindakan lanjut.

Sekiranya anda berminat untuk tukar talian asal anda (Umobile, Celcom, Digi, Tunetalk, Redone, Maxis, ToneWow) ke talian Onexox, anda boleh Whatsapp ke dealer di nombor O1113346188.

11 thoughts on “Syarat Tukar Line Telefon dan Prosesnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *