Kini pengguna Onexox Prepaid dan Black boleh menggunakan esim di peranti anda. Sebelum anda tukar dan aktifkan esim Onexox dari simkad fizikal, anda kena pastikan peranti anda menyokong fungsi esim ini. Bagi pengguna selain Onexox, anda boleh juga menggunakan esim dengan talian Onexox dan kekalkan nombor dengan aktifkan esim anda secara online di sini.
Login Ke Self Care Onexox
Anda perlu login ke Selfcare Onexox. Login menggunakan nombor telefon anda dan tunggu OTP yang dihantar ke SMS untuk lengkapkan proses login. Sekiranya tidak berjaya, anda perlu daftar akaun dahulu.
Sim Card Management
Klik menu sebelah kiri, dan pilih Sim Card Management
Manage Sim
Kemudian klik pada menu Manage Sim dan pilih nombor. Tekan butang Next.
Pilih transaksi Physical ke eSIM
Kemudian tekan dropdown menu dan pilih “Physical to Esim”
Kemudian tekan butang Next dan pilih peranti yang anda hendak install eSIM. Pastikan peranti (smartphone) anda menyokong fungsi ini. Selepas itu buat bayaran dan tunggu pihak XOX hantar QR code melalui email.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Customer Service (Careline) Onexox di 12273 atau email ke [email protected]. Anda boleh juga terus menghubungi dealer Onexox untuk bantuan di O1113346188.