Bayar bil Black guna PIN Onexox

Sekiranya anda pengguna Onexox Black, anda tidak boleh topup atau bayar bil menggunakan PIN yang dibeli dari kedai serbaneka 7eleven atau mana-mana kedai topup. Pendek kata bayar bil Black guna PIN Onexox dah tak boleh sekarang ni.

Baru-baru ni saya Cuba untuk bayar bil Onexox Black menggunakan PIN yang dibeli dari 7 Eleven. Tapi usaha untuk key-in PIN topup itu gagal. Keluar notification error:

Connection problem or invalid MMI code.

Mula-mula tu saya ingatkan server topup Onexox yang tengah mengalami masalah teknikal. Tapi selepas beberapa hari tetap error yang sama yang muncul.

Jadi saya cuba key-in PIN topup Onexox ni ke nombor Prepaid. Terus berjaya ye.

Jadi pada anda pengguna Onexox Black yang dah terbeli PIN Onexox, boleh cuba hubungi Caroline Onexox 12273 untuk bantuan bayar bil menggunakan PIN yang anda beli itu tadi, atau jual sahaja PIN anda kepada pengguna Onexox Prepaid yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *