Ada seorang bakal pengguna yang menghubungi saya untuk tukar talian Yoodo ke Onexox. Saya cadangkan untuk ambil plan B150 memandangkan ianya plan paling hot buat masa sekarang ni. Tapi beliau nak Onexox B39DB. Jadi antara B39DB dan B150 mana lagi berbaloi?
Jimat atau berbaloi
Kalau tanya saya, sudah semestinya B150. Tapi mungkin beliau fokuskan pada penjimatan dan harga yang lebih murah.
Saya sendiri menggunakan B39DB sebelum ni. Plan Onexox B39DB ni dapat 60GB data, unlimited call dan 100 sms setiap bulan. Bayaran komitmen bulanan untuk plan ini adalah RM42.35.
Pemilihan antara B39db dan B150
Kalau nak dibandingkan dengan B150, bayaran B39DB lebih murah/beza RM10.65 berbanding plan B150 ni.
Aktifkan Unlimited 35 sebagai backup
Pada saya, 60GB untuk B39DB sudah mencukupi untuk kegunaan harian saya. Tapi sekiranya 60GB data tu habis, saya akan aktifkan Unlimited 35 (UNL35) pada simkad Prepaid sebagai penerus penggunaan internet harian saya sementara menunggu cycle baru untuk B39DB tu tadi.
Jadi untuk bulan itu, saya akan spend lebih kurang RM77.35 (RM42.35+RM35) untuk 60GB hi-speed data dan 200GB 3Mbps data.
B150 untuk lebih jimat dan berbaloi
Jadi saya berfikir, adalah lebih baik saya stay pada 1 plan sahaja yang lebih berbaloi, iaitu B150 dengan bayaran bulanan RM53 dan dapat 250GB hi-speed data. Dapat jimat RM24.35 sebulan.
Itu dari perspektif penggunaan saya. Lain orang, lain keperluannya.
Jadi mungkin pengguna Yodoo ini lebih selesa dengan B39DB dan dapat jimat RM10.65 dengan tidak melanggan B150 tadi.
Bagi anda yang nak bertukar ke Onexox dan nak dapatkan B150, boleh terus beli secara online di sini.