Plan Onexox B150 paling popular

Onexox B150 banner

Terbuka untuk pelanggan baru dan sedia ada

Pelan terbaru yang dilancarkan oleh Onexox. Plan Onexox B150 ini termasuk dalam keluarga Onexox Black. Plan ini kini boleh didapati dengan cara tukar plan Onexox sedia ada. Bermula 2 Mei 2024 anda boleh beli dan langgan plan B150 ini secara online kecuali untuk tukar plan Onexox sedia ada ke plan ini.

Daftar Onexox B150

Plan B150 merupakan pencetus untuk plan yang paling berbaloi dalam keluarga Onexox Black. Dengan bayaran bulanan RM53 pengguna dapat menikmati data tanpa had (FUP 250GB), panggilan tanpa had dan 200 sms setiap bulan. Jauh lebih berbaloi dari plan terdahulu iaitu plan B89DB.

Mungkin B89DB akan diupgrade dalam tempoh terdekat.

Starter pack, MNP dan nombor Onexox sedia ada

Semasa kempen B150 dilancarkan, pendaftaran untuk Onexox B150 ini terhad untuk Starter Pack (Nombor baru) dan MNP (Kekalkan nombor sedia ada dari telco selain Onexox) sahaja. Namun Mulai 9 Mei 2024 pengguna Onexox sedia ada tidak kira Onexox Black atau Onexox Prepaid boleh menukar plan mereka ke Onexox B150 mengikut ciri-ciri berikut;

  1. Onexox Prepaid
  2. WAWA
  3. Onexox Black B39 dan kebawah (Yang mempunyai komitmen bulanan di bawah RM50 sebulan).

Data dan panggilan

Plan ini menawarkan data dan panggilan tanpa had (Unlimited data, Unlimited call). Data internet didatangkan dengan FUP 250GB berkelajuan tinggi. Selain itu sebanyak 200 SMS diberikan setiap bulan dan ianya terkumpul untuk bulan-bulan seterusnya.

B150

  • Data tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • 200 SMS setiap bulan
  • Hotspot 100%
  • Tiada kontrak
RM53 setiap bulan

Selepas mencapai FUP 250GB, pengguna boleh membuat tambahan data 5GB atau 10GB dengan harga RM15 dan RM25 masing-masing. Pengguna boleh tunggu hingga kitaran seterusnya tanpa membeli data tambahan dan masih boleh menggunakan data internet dengan kelajuan 512Kbps (basic data).

Untuk data tambahan berkelajuan tinggi (hi-speed data) anda boleh rujuk data tambahan B150.

Hotspot tanpa had

Ciri menarik yang ada pada Onexox (mana-mana plan Onexox) adalah perkongsian sambungan internet melalui hotspot tanpa had. Jadi anda boleh mengaktifkan hotspot anda untuk dikongsi bersama dengan peranti lain. Tak kisah berapa pun peranti yang disambungkan, selagi ianya lancar.

Tiada kontrak

Sama seperti mana-mana plan Onexox yang lain, Plan B150 ini juga tidak mengikat pengguna dengan kontrak. Pengguna boleh pada bila-bila masa bertukar plan atau tukar ke telco lain selepas 30 hari talian aktif.

Harga dan bayaran bulanan

Bagi pengguna yang berminat melanggan plan Onexox B150 ini, anda boleh menghubungi Dealer Onexox yang sah atau terus membuat pembelian secara online di Laman web rasmi Onexox. Bayaran pendaftaran adalah RM50 (Starter Pack atau MNP). Bil bulanan untuk plan ini adalah RM50 + 6% SST, iaitu RM53 sahaja setiap bulan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Onexox B150 ini, boleh hubungi whatsapp dealer di O1113346188.

F.A.Q Onexox B150

4 thoughts on “Plan Onexox B150 paling popular

  1. HI , for xox plan B150 after the promotion is the price and fup still 250 GB after the purchase or its only one time ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *