Ramai pengguna Onexox Prepaid yang menghubungi saya untuk mendapatkan semula nombornya yang telah terminate. Rata-rata tanya cara beli nombor telefon lama yang dah diterminated. Sebenarnya kalau fasa terminated belum masuk hari ke 30, anda masih berpeluang untuk dapatkan semula nombor berkenaan seperti yang saya jelaskan dalam artikel dapatkan semula nombor yang ditamatkan.
Tapi kalau dah lebih 30 hari, teruskan baca artikel ini.
Artikel kali ini bersifat general, selain pengguna Onexox pun boleh rujuk cara ini.
Nombor Disekat (Barred)
Untuk semua plan Onexox sama ada Prepaid atau Black, sekiranya telah tamat tempoh (untuk prepaid) atau tidak membayar tunggakan sebulan (untuk Black) nombor anda akan disekat (Barred).
Dalam fasa ini, pengguna masih boleh menerima panggilan dan SMS dari luar. Tetapi tidak dapat membuat sebarang panggilan dan sms keluar. Fungsi data internet juga akan dinyahaktifkan (dihentikan) sementara menunggu pengguna untuk aktifkan semua talian.
Bagi pengguna Prepaid dicadangkan untuk tambah nilai minimum (topup) RM5 dan beli tempoh sah setahun dengan harga RM25. (Ramai terlepas pandang perkara ini).
Bagi pengguna Black, satu-satunya cara untuk aktifkan talian sekiranya nombor disekat adalah dengan membayar penuh jumlah tunggakan.
Nombor ditahan (Blocked)
Dalam tempoh 30 hari selepas fasa Barred sekiranya pengguna masih tidak aktifkan talian, nombor akan ditahan (blocked). Dalam fasa ini, pengguna tidak dapat membuat sebarang panggilan keluar dan tidak boleh menerima panggilan dari nombor lain. Data internet juga masih belum boleh digunakan walaupun baki kuota masih ada.
Fasa ini adalah peluang terakhir bagi pengguna untuk aktifkan kembali simkad Onexox anda. Dalam fasa ini tambah nilai dan pembayaran bil masih boleh diterima oleh sistem.
Untuk pengguna prepaid, hanya perlu tambah nilai RM5 dan kemudian beli tempoh sah aktif (validity). Manakala pengguna black hanya perlu melunaskan kesemua tunggakan bil yang tertera di baki akaun.
Nombor ditamatkan (Terminated)
Namun sekiranya pengguna masih tidak membuat sebarang tindakan selepas 30 hari nombor ditahan (blocked) maka nombor akan masuk ke fasa penamatan (terminated). Pada fasa ini Onexox menganggap pengguna sudah tidak berminat untuk menggunakan talian telefon terbabit.
Pengguna tidak boleh membuat panggilan, menerima panggilan, menggunakan data dan tidak boleh membuat tambah nilai ataupun bayar bil. Sekiranya pengguna membuat tambah nilai atau bayar bil, bayaran akan ditendang semula.
Namun fasa termination ini, pengguna masih berpeluang untuk mendapatkan kembali nombor yang telah expired ini. Iaitu dengan membuat permohonan melalui email. Contoh email telah saya sediakan dalam artikel Dapatkan semua nombor yang telah diterminate.
Sekiranya anda bernasib baik, nombor itu masih boleh diselamatkan dengan membuat bayaran penalti sebanyak RM50 dan bayaran bil yang tertunggak bagi pengguna Black.
30 Hari Selepas Nombor ditamatkan (terminated)
Selepas 30 hari fasa terminated, nombor pengguna akan dihantar ke SKMM untuk proses recycle dan dikembalikan ke telco-telco terbabit di seluruh Malaysia. Sebarang permohonan melalui email untuk mendapatkan semula nombor yang telah diterminate adalah sangat mustahil.
Nombor Penting dah tak boleh guna, Masih ada harapan?
Bila sampai fasa terminated ini, kebanyakan pengguna Onexox dan lain-lain telco memang kecewa. Mereka sanggup bayar (jumlah tertentu) untuk dapat balik nombor telefon mereka itu. Bagi saya, ada 2 cara untuk selesaikan permasalahan ini.
- Tunggu sehingga nombor itu diguna semula oleh orang lain setelah melalui fasa recycle oleh SKMM. Mungkin ambil masa 1 tahun atau 2 tahun. Hubungi nombor tu, dan cakap nak beli dari pemilik baru nombor berkenaan.
- Move on dan beli nombor Onexox yang baru. Kemudian Whatsapp semua kenalan yang simpan nombor anda satu persatu untuk maklumkan anda telah bertukar nombor. Uruskan juga pertukaran nombor untuk urusan-urusan bank dan lain-lain institut yang menggunakan nombor telah expired itu.
Kalau nak meratap lama-lama pun memang dah tak guna. Pada saya cara kedua adalah cara yang paling baik dan efektif. Lagi pulak simkad Onexox ni ada tempoh sah yang boleh dibeli untuk dapatkan tempoh sah (validity) yang panjang untuk Prepaid. Ditambah pulak dengan pakej Unlimited 35 (100GB data dan minit panggilan tanpa had) dengan harga RM35, ianya sangat-sangat berbaloi.
Untuk dapatkan sim Onexox Prepaid atau Black, boleh terus beli online atau hubungi saya di O1113346188. Anda pasti berpuashati bila guna Onexox ni.
One thought on “Cara beli nombor telefon lama yang dah terminated”