Ada beberapa cara yang digunakan untuk topup akaun Onexox. Tetapi anda perlu mengetahui cara kerja setiap topup itu dilaksanakan. Artikel ini akan dedahkan cara topup Onexox yang paling mudah dan pantas.
Topup melalui Dealer
Pengguna boleh isi borang ini untuk topup melalui dealer.
Topup / Pay Bills Onexox
Teruskan bacaan sekiranya anda nak topup menggunakan cara lain.
Cara Topup Onexox Terkini
Ada beberapa cara topup Onexox yang ada pada waktu ini;
- Beli topup di kedai topup dan masukkan PIN
- Menggunakan XOX Fast
- Melalui Aplikasi Black
- Melalui Dealer Onexox yang sah
- Melalui Apps Boost, TnG
- Beli secara terus dari Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN)
- JomPay
- Selfcare Onexox
Dalam beberapa cara yang disebut di atas, cara beli topup secara terus dari Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional adalah tidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pengguna dengan SMS yang dihantar.
Cara Topup Yang Digalakkan
Jadi cara terbaik dan yang digalakkan untuk topup Onexox adalah menggunakan XOX Fast, Apps Black, atau melalui Dealer Onexox yang sah. Sebab dengan cara ini topup terus masuk.
Cara Masukkan Topup Onexox
Sekiranya anda beli topup dari kedai, atau dari Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, anda akan diberikan nombor PIN.
Cara untuk masukkan nombor PIN Onexox ini ada 2 cara;
- Menggunakan Apps Black
- Masukkan PIN secara manual (Key IN)
Masukkan nombor PIN topup Onexox guna Apps Black
Anda boleh masukkan PIN yang anda peroleh dari kedai topup, Apps Boost, atau beli secara terus dari Bank. Untuk langkah yang lengkap, boleh rujuk topup Onexox guna PIN.
Anda juga boleh topupkan nombor Onexox orang lain menggunakan apps Black ini.
Update: Icon Softpins telah dimansuhkan buat masa ini. Untuk tambah nilai anda boleh rujuk bacaan dibawah ini.
Cara dail menu USSD masukkan topup Onexox
Dail *150# kemudian pilih menu 2. Anda boleh pilih untuk topup nombor sendiri atau nombor onexox orang lain melalui menu ini.
Topup PIN guna SMS
Anda boleh tambah nilai nombor Onexox (Prepaid/Black/WAWA) menggunakan SMS. Caranya adalah dengan;
sms REC NoTEL NoPIN ke 22111 atau 23388.
Gantikan NoTel kepada nombor telefon yang nak ditopup, NoPIN dengan 16 Digit pin number topup xox.
Topup PIN guna menu USSD
Sekiranya anda menggunakan Onexox Prepaid, anda boleh menggunakan menu USSD untuk tambah nilai nombor sendiri atau nombor Onexox lain (Prepaid/Black/WAWA/MySISWA/ONEfamily). Caranya adalah dengan;
- Dail *150#
- Pilih menu 2 (Top-up)
- Anda boleh pilih untuk topup nombor sendiri (Menu 1) atau nombor Onexox lain (Menu 2).
- Ikut arahan selanjutnya.
Hubungi Careline untuk bantuan tambah nilai guna PIN
Sekiranya kedua-dua cara di atas tidak berjaya, anda boleh terus menghubugi careline di talian 12273 (menggunakan talian Onexox) atau 1300888010 (menggunakan talian selain Onexox).
Sekiranya anda menghadapi kesukaran atau kekeliruan tentang cara topup nombor Onexox Prepaid atau Black anda, hubungi Dealer Onexox O1113346188 (Whatsapp) untuk dapatkan bantuan.
30 thoughts on “Cara Topup Onexox (Wajib Baca)”
Dah try toup soft pin kat apps black .. cam haram .. try byk kali pun xlepas.. bodoh punya apps .. lg susah nak guna. Tanya delear,suruh guna online banking plak . Dah soft pin aku dah beli nak buang ke..🙄
Whatsapp saya 01113346188 untuk bantuan.
Sy nak tanya klau guna online bankin toup mng lambat proced ke macm mna ya.telcom lain sngn je toup terus masuk
bukan topup tak masuk. Tapi PIN perlu dimasukkan secara manual. rujuk artikel ini https://adzril.com/topup-onexox-tak-masuk/
Kedai 7eleven atau kk tak jual ke topup tu
ada.
Sy da topup via maybank2u tapi xdapat pon
tak dapat sms atau tak dapat topup?
Saya beli top up pagi lagi melalui on line banking Bank Islam sampai sekarang 6 ptg belum terima sms no pin.
Hubungi pihak bank untuk hantar semula PIN topup.
Ni scam ke.byaran dh sucses tpi tkde pon baki sya check
Terus hubungi careline 12273 ye cik untuk semakan.
Baru topup ewallet guna app, bayaran guna online banking maybank. Tapi duit xmasuk dlm ewallet.. knp?
tunggu beberapa minit untuk ewallet update. sekiranya tak update juga hubungi careline 12273 untuk bantuan.
Salam. apasal soft pin topup temporarily unavailable? benda penting mcm ni pon boleh unavailable? nak topup pon susah, bukan kita minta duit, kita bagi duit.
boleh hubungi careline 12273 untuk bantuan topup pin.
Dah topup, tapi balance asing2 pulak ad DA & MA..nak topup bnyk mana bru lepas beli internet ni?
boleh rujuk artikel DA MA untuk penerangan lanjut.
saya beli top up kat 7e, tapi lepas key in no pin keluar top up unsuccessful..no pin betul dah…macam mana ya nk buat..RM30..
Hubungi dealer untuk bantuan. atau hubungi careline 12273.
Ok. Dah wasap tanya. Tq replay
Salam
1) Mcm mana nk top up sms. Kalau sms sesama onexox mmg ada 1K lebih lg. Tapi utk sms ke nombor lain O. Kredit Da ada RM7 MA ada RM12.
2)No FnF tu ada function tak utk SMS kalau semua no FnF tu dari lain² telco. Tq
1. SMS hanya guna kredit DA dan MA sahaja. Namun boleh juga guna baki SMS dalam Season Pass untuk hantar sms ke telco lain dan telco onexox. Free sms hanya boleh digunakan sekiranya kredit DA: RM0, MA: RM0 dan sms season pass : 0
2. Function. Untuk FnF dapat kadar lebih murah. hubungi 12273 untuk keterangan lanjut berkenaan rate sms FnF.
您好,我用RHB銀行轉賬,户口錢已经扣了,但都没有能充值是什么原因,需要按什么编号才能夠充值吗?
hubungi semula pihak RHB sekiranya tidak menerima PIN topup. Gunakan PIN yang dihantar melalui SMS untuk topup secara manual dengan dail *150# dan pilih menu 2.
1.Apa maksud MA dan DA ?
2.Klau nk langgan internet acc mana yg guna (DA@MA)?
3.Minimum tpup utk XoX brapa ya?
1. baca sini
2. baca nombor 1.
3. RM5.
Kenapa nak topup dengan touch n go onexox black guna prepaid tak boleh ye?
boleh hubungi pihak careline 12273 untuk bantuan tambah nilai menggunakan touch n go.