Onexox telah membuat naik taraf untuk 3 plan pasca bayarnya iaitu plan Mysiswa, Mysiswa Plus dan ONEfamily. Naiktaraf bagi ketiga-tiga plan ini dapat memberikan saingan yang baik untuk plan lain dari telco-telco lain di Malaysia. Rujuk jadual ini untuk ringkasan naik taraf plan Onexox ini.
Ciri | Mysiswa | Mysiswa Plus | ONEfamily |
---|---|---|---|
Data Utama | 60GB → 90GB | 60GB → 90GB | 60GB → 90GB |
Data Talian Tambahan | N/A | 10GB → 15GB | 10GB → 15GB |
Harga Bulanan (tanpa SST) | RM35 | RM35 | RM39 |
Blok Berkelajuan Tinggi | 5 x 8GB | 5 x 8GB | 5 x 8GB |
Blok Terakhir | 20GB → 50GB (3Mbps) | 20GB → 50GB (3Mbps) | 20GB → 50GB (3Mbps) |
Talian Tambahan | Tiada | Ada | Ada (RM10/talian) |
Naik taraf plan Onexox
Mysiswa
Untuk plan Mysiswa, plan yang bulanan RM35 (tidak termasuk 6% SST) ini telah dinaiktaraf dari Unlimited data dengan FUP 60GB kepada Unlimited data 90GB. Pembahagian data mengikut blok (Konsep Data Buffet) masih mengekalkan 8GB data berkelajuan tinggi untuk 5 blok yang pertama. Manakala untuk baki 50GB di blok terakhir adalah berkelajuan 3Mbps.
Mysiswa Plus
Mysiswa Plus dengan bayaran bulanan yang sama dengan Mysiswa untuk talian utama juga telah dinaik taraf kuota data dari 60GB kepada 90GB. Untuk pembahagian blok adalah sama dengan plan Mysiswa. Apa yang membezakan antara Mysiswa dan Mysiswa Plus ini adalah plan Mysiswa Plus mempunyai talian tambahan (supplementary).
Untuk setiap talian tambahan, data yang diperuntukkan sebelum ini adalah 10GB untuk setiap talian, Namun sekarang setiap talian tambahan mendapat 15GB data berkelajuan tinggi untuk dikongsi bersama talian utama dan supplementary yang lain.
ONEfamily
Naiktaraf bagi plan ONEfamily adalah sama dengan plan Mysiswa Plus. Iaitu dari data talian utama 60GB kepada 90GB. Data tambahan untuk setiap talian tambahan dari 10GB kepada 15GB. Beza plan ONEfamily dan Mysiswa Plus adalah komitmen bulanan. Untuk ONEfamily, bayaran bulanan adalah RM39 (tidak termasuk 6% SST), manakala untuk setiap talian tambahan adalah RM10 yang akan dikira sekali dalam 1 cycle bill.