Sekiranya anda ingin membeli Data Season Pass Onexox, anda boleh menyemaknya menggunakan menu USSD *150# dan menggunakan aplikasi Black. Berikut adalah cara semak senarai Season Pass Onexox menggunakan dua cara ini iaitu menu *150# dan aplikasi Black.
Guna Menu USSD *150# (3 Langkah)
- Dail *150#
- Pilih menu 6 (Season Pass)
- Pilih pakej yang disenaraikan
Happy Hour adalah tersenarai dalam keluarga Season Pass. Anda boleh pilih untuk melihat tawaran happy hour sekiranya ada tawaran pada hari itu pada menu (4) HappyHour Package. Sekiranya tiada tawaran Happy Hour, barulah buat keputusan untuk beli data Season Pass yang lain.
Guna Aplikasi Black Semak Season Pass
Anda perlu install Aplikasi Black sebelum boleh menyemak dan membeli Season Pass (Data, minit, sms) menggunakan Aplikasi Black.
Applikasi Black ini adalah untuk pengguna Prepaid dan Black. Jangan terkeliru dengan menyangka apps ini adalah untuk Onexox Black sahaja.
Selepas install apps Black,
- Pada paparan utama, klik pada SP Purchased
- Select Package
- Pilih Happy Hour atau Season Pass yang disenaraikan.
Semua data, minit dan SMS yang dibeli dari senarai Season Pass dan Happy Hour, akan dimasukkan atau disimpan dalam Season Pass.
Sekiranya anda pengguna Onexox Black, semua data, minit dan SMS Season Pass dan Happy Hour yang dibeli akan dimasukkan terus ke bahagian aktif. Onexox Black tiada atau tidak perlukan Season Pass (Stor).
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Onexox Black B59DB dan B89DB boleh buat pembelian di Onexox Telco sekarang.
One thought on “Cara Semak Senarai Season Pass Onexox”