Nombor disekat tak bayar bil Onexox

Salah sorang user yang baru ambik plan Onexox Black B59 bertanya kat saya. “Kalau saya tak bayar bil Onexox Black, apa jadi?”

Bagus soalan dia ni.

Saya yakin ramai yang dapat simkad free dari dealer Onexox dan sekarang cuba untuk tamatkan talian Onexox.

Kontrak Telco Onexox  (Black)

Sebab Onexox dikatakan takde kontrak kan?

Sebenarnya setiap telco diwajibkan mencapai tempoh 30 hari sebelum boleh tukar ke telco lain. Syarat minimum ini telah ditetapkan oleh SKMM.

Ok berbalik kepada soalan tadi, apa jadi kat nombor Onexox Black (B10, B39, B59[B39plus20], B89, B89DB, dan B149) sekiranya user tak bayar bil?

Sebelum tu, saya nak tekankan kat sini, maksud atau terma bayar bil ni bukan menunjukkan yang Onexox Black ni Postpaid ye, Onexox Black BUKAN POSTPAID.

Maksud bayar bil adalah topup mengikut plan yang dilanggan.

Baik.

Tak Bayar Bil Onexox Black, Apa Jadi

Kalau user tak topup pada bulan pertama, user masih boleh menggunakan talian Onexox. Boleh guna untuk buat panggilan, guna data dan SMS.

Ada beberapa channel yang boleh digunakan untuk topup Onexox.

Malah user akan dapat data, minit panggilan dan SMS macam biasa pada bulan berkenaan.

Contoh kitaran untuk user ‘bayar bil’ plan Onexox Black B59 adalah pada 25 Ogos, dan user tak topup pun akaunnya dengan nilai RM59 pada tarikh berkenaan.

Kalau anda langsung tak nak bayar bil yang tertunggak, nama anda akan diblacklisted dan tak boleh nak register talian telco lain.

Tapi kalau bayar, anda masih ada peluang.

Peluang Pertama

Apa yang berlaku, data sebanyak 12gb, 100 minit panggilan dan 100 SMS tetap akan dikreditkan ke dalam akaun, tapi pada penyata bil (menu *150*1#) akan tertera RM59 di bahagian current usage.

Tu maksudnya penggunaan user untuk bulan tu, dia dah berhutang RM59.

Peluang kedua

User diberi tempoh sehingga 25 hb Sept sebelum taliannya disekat (barred).

Contohnya user topup ngam ngam RM59 pada 24 Sept, user boleh terus gunakan talian Onexox, tapi dia masih berhutang sebanyak RM59 untuk bulan Sept sebab pembayaran RM59 tadi adalah untuk bil bulan Ogos, yang bulan September belum bayar.

Jadi nampak kan konsepnya?

Sekiranya user tak bayar RM59 pada 25 Sept, talian akan terus disekat dan user perlu melangsaikan kesemua baki hutang tertunggak.

Pada tahap ini, user tak boleh guna talian Onexox ni dah. Call out tak boleh, call in pun tak boleh.

Data dan SMS pun tak boleh guna.

User kena topup kredit phone untuk 2 bulan sekaligus, RM59 (Ogos) + RM59 (September) = RM118.

Peluang akhir sebelum talian ditamatkan

Sekiranya user tak bayar jugak pada 25 Oktober, yang mana dah cecah 3 bulan, maka barulah nombor akan dihentikan (terminate).

Lepas tangan?

No no no,

Diagram ringkas gambaran proses sekiranya bil Onexox Black tidak dibayar

Pilih plan Black yang Sesuai

Hutang tetap hutang, setiap sim didaftarkan atas penama yang sah. Maka penama tu perlu bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang yang telah dibuat.

Untung tau masuk bulan ketiga dah kena terminate.

Ada telco lain tu, dibiar je sampai setahun. Tup tup datang bil beribu ribu lemon.

Cara baca bil baki akaun Onexox Black

Tapi tu bukan telco kat Malaysia la, tu telco negara lain, saya dah lupa hehe.

Itulah kelebihan Onexox ni.

Mencegah lebih elok dari mengubati.

Komitmen

boleh beri komitment pada plan B59, apa kata downgrade ke B39.

Tapi jangan cakap B39 dapat data sikit je (6gb data, 50 minit panggilan, 50 sms).

Kenalah berpada-ada nak guna data.

Jadi itulah yang terjadi kalau anda tak bayar bil Onexox Black.

Apa macam? ada soalan boleh tulis kat ruangan komen. Dengan penuh kasih sayang saya akan reply ye.

By the way, kalau anda user yang baru nak gunakan Onexox atau nak upgrade dari Onexox Prepaid ke Onexox Black, boleh Whatsapp saya O1113346188. Kita pilih plan mana yang sesuai untuk anda.

Onexox Tak adil! Sekat nombor saya, padahal masih ada tempoh sah!User tak Faham.

wajib baca 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *