Tukar plan Onexox Prepaid ke WAWA Prepaid

Keputusan tukar plan Onexox Prepaid ke WAWA Prepaid

Ada seorang pengguna Onexox Prepaid minta untuk tukar plan Onexox Prepaid ke WAWA Prepaid. Untuk pertama kali saya dapat permintaan tukar plan ni. Ikutkan saya nak bagitau pada pengguna ni untuk stay pada plan Onexox Prepaid, tapi saya yakin yang pengguna berkenaan tahu keputusan yang dia buat.

Bayaran untuk tukar plan

Pertukaran Plan Onexox Prepaid ke WAWA Prepaid merupakan pertukaran plan dalam kategori yang sama, iaitu Prepaid. Jadi pertukaran plan ini tidak akan dicaj apa-apa bayaran sama ada dari Onexox, atau dari Dealer Onexox itu sendiri.

Sekiranya anda ingin tukar plan sama ada dari Onexox Prepaid ke WAWA Prepaid atau sebaliknya, boleh hubungi Whatsapp saya O1113346188.

Semua burn kecuali kredit

Tapi apa yang pasti, sekiranya terdapat baki data Season Pass atau aktif data dalam akaun Onexox Prepaid berkenaan, semua data, minit panggilan akan burn. Namun kredit akan dibawa ke akaun baru WAWA atau Onexox Prepaid.

Terlepas peluang langgan Unlimited 35

Selain tidak boleh beli data Season Pass dan tawaran Happy Hour, pengguna WAWA Prepaid tidak boleh langgan pakej Unlimited 35 (UNL35). UNL35 ini dikhaskan untuk pengguna Onexox Prepaid sahaja.

WAWA Prepaid ada kelebihan tersendiri

Walaubagaimanapun, WAWA Prepaid mempunyai ciri-ciri yang ringkas yang diperlukan oleh sesetengah pengguna. Pakej WAWA35 dan WAWA18 dengan data 35GB dan 18GB untuk setiap plan mempunyai kelajuan sambungan internet tanpa catuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *