Topup Onexox tak masuk (Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat)

Ada 2 sebab kenapa topup Onexox tak masuk. Baca betul-betul ye supaya anda dapat selesaikan permasalahan ni.

  1. Nombor dah diblocked atau diterminated (ditamatkan)
  2. Dah terima SMS tapi tak key in PIN topup.

Nombor yang telah diblocked (dihalang)

Untuk kes nombor dihalang atau blocked, pengguna tak boleh buat call in dan call out, sms in dan sms out pun tak boleh. Jadi kalau pengguna beli topup secara online, maka PIN topup tak dapat dihantar menggunakan SMS ke nombor anda.

Cara penyelesaian untuk kes nombor diblocked, anda boleh topup guna XOX Fast atau topup melalui dealer.

Nombor telah ditamatkan (terminated)

Bagi kes nombor yang telah ditamatkan, memang tak boleh nak topup dengan apa cara sekalipun. Kalau beli PIN topup kat bank pun sia-sia. Sebab bank tetap akan buat pemotongan atas pembelian, tapi server bank gagal untuk hantar PIN melalui sms ke nombor anda sebab dah ditamatkan.

Cara untuk selesaikan adalah anda perlu mengaktifkan semula nombor anda yang telah diterminate tu. Kemudian barulah boleh topup atau bayar bil macam biasa.

Teruskan bacaan.

Bagi pengguna Onexox yang membuat tambah nilai secara terus menggunakan aplikasi atau website bank (Maybank, Bank Islam, dan Bank Rakyat), anda mungkin menghadapi masalah topup Onexox tak masuk.

Pengguna akan menerima SMS dari pihak bank tempat anda membeli topup. Sekiranya anda membeli dari menu Prepaid Reload di Maybank, anda akan terima SMS dari pihak Maybank ke nombor telefon yang anda masukkan.

Cara topup Onexox guna kod USSD

Rujuk gambar dibawah, ini adalah contoh SMS yang dihantar oleh pihak Maybank ke nombor telefon anda.

SMS dari Maybank ini mengandungi nombor PIN (16 digit) dan cara untuk membuat tambah nilai. Abaikan cara membuat tambah nilai yang terkandung dalam SMS itu. Pengguna Onexox Prepaid perlu membuat tambah nilai secara manual dengan cara;

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu 2 (Tambah nilai)
  3. Ikut langkah seterusnya sama ada nak topup nombor sendiri atau nombor Onexox lain (tak kira sama ada Prepaid atau Black).

Bagi pengguna Onexox Black, anda boleh meminta bantuan pengguna Onexox Prepaid untuk membuat tambah nilai menggunakan menu USSD *150# berkenaan.

Tambah nilai Onexox guna SMS

Selain menggunakan kod USSD di atas, pengguna Onexox Prepaid dan Onexox Black boleh menggunakan cara SMS.

Hantar sms:

REC NomborTelefon NomborPIN16Digit

ke 23388.

Contoh:

REC 0192382354 5225944606169006

dan hantar ke 23388 atau 22111

Hubungi Careline bantuan Onexox

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat tambah nilai, anda boleh menghubungi talian bantuan Onexox (Careline) di nombor 12273 (guna sim Onexox) atau 1300888010 menggunakan talian lain.

8 thoughts on “Topup Onexox tak masuk (Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat)

  1. saya topup online MAE maybank tidak terima nombor pin pun.2 kali topup tapi dalam akaun bank dia tolak.apa yang patut saya buat.2 minggu yg lepas.pertama kali guna line onexox dah kena begini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *