Cara untuk downgrade plan Black Onexox

Bagi pengguna yang tidak berminat dengan komitmen bulanan, anda boleh downgrade plan Black Onexox ke plan Prepaid Onexox. Cadangan pilihan terbaik adalah Normal Prepaid.

Kebaikan Plan Onexox Normal Prepaid;

  1. Boleh langgan Pakej Unlimited 35 (UNL35)
  2. Boleh beli data Seasonpass yang data internetnya boleh carry forward dan simpan.
  3. Boleh beli Happy Hour yang ditawarkan Onexox setiap minggu.
  4. Tiada komitmen bulanan
  5. Boleh panjangkan tempoh sah (validity) nombor telefon tanpa had.

Cara downgrade plan Onexox Black ke Onexox Prepaid

1. Klik pada icon XOX Mobile
2. Klik pada bulatan Amout Due
3. Klik pada butang Change Plan
4.Pilih tab PREPAID, pastikan anda memilih bahagian Onexox Prepaid dan kemudian klik pada butang Downgrade to Prepaid.
5. Pembayaran untuk cycle terkini perlu dijelaskan. Pilih Payment method Online Banking, dan tekan Proceed.
6. Confirmkan pembayaran, dan klik Proceed Payment
7. Pilih bank untuk pembayaran dan teruskan proses pembayaran seperti biasa.
8. Selesai pembayaran, akaun anda akan terminated untuk sementara waktu.

Langkah perlu diambil selepas downgrade plan Black

Selepas akaun anda aktif semula, akaun anda sudah menjadi Onexox Prepaid yang mempunyai kredit RM5.30 dalam akaun MA.

Baca DA dan MA Onexox Prepaid secara lengkap.

Anda perlu;

  1. Topup RM30
  2. Beli pakej internet Unlimited 35.

Cadangan tambah tempoh sah Onexox Prepaid

Sekiranya anda ingin menambah tempoh sah aktif sim, anda boleh berbuat demikian dengan membeli tempoh sah setahun dengan harga RM25. Dengan ini, anda tidak perlu risau memikirkan status aktif sim anda selama setahun.

Starter Pack baru

Bagi anda yang belum menggunakan Onexox, disarankan untuk mendapatkan Starter Pack baru Onexox Prepaid sekarang. Anda juga boleh mengekalkan nombor dari telco lain untuk bertukar ke Onexox.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *