Plan Onexox B150 edisi terhad

Onexox B150 banner

Terhad untuk 5000 pelanggan

Pelan terbaru yang dilancarkan oleh Onexox. Plan Onexox B150 ini termasuk dalam keluarga Onexox Black. Plan ini kini boleh didapati dengan cara tukar plan Onexox sedia ada. Tempoh untuk mendaftar plan Onexox B150 pula dilanjutkan sehingga kempen ini dihentikan bermula 9 April 2024 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Daftar Onexox B150

Memandangkan ianya adalah plan yang Limited Edition, pendaftaran hanya boleh dilakukan oleh Dealer Onexox yang sah dan di mana-mana Onexox X-force di kawasan berhampiran anda. Tiada sebarang pembelian secara online yang tersedia untuk plan Onexox B150 ini.

Starter pack, MNP dan nombor Onexox sedia ada

Semasa kempen B150 dilancarkan, pendaftaran untuk Onexox B150 ini terhad untuk Starter Pack (Nombor baru) dan MNP (Kekalkan nombor sedia ada dari telco selain Onexox) sahaja. Namun Mulai 9 Mei 2024 pengguna Onexox sedia ada tidak kira Onexox Black atau Onexox Prepaid boleh menukar plan mereka ke Onexox B150 mengikut ciri-ciri berikut;

  1. Onexox Prepaid
  2. WAWA
  3. Onexox Black B39 dan kebawah (Yang mempunyai komitmen bulanan di bawah RM50 sebulan).

Tempoh pendaftaran Onexox B150

Selain menghadkan pengguna, Onexox B150 juga hanya membuka pendaftaran sehingga tarikh yang akan dimalumkan kelak. Pengguna boleh melanggan plan ini bermula 9 April 2024.

Data dan panggilan

Plan ini menawarkan data dan panggilan tanpa had (Unlimited data, Unlimited call). Data internet didatangkan dengan FUP 250GB berkelajuan tinggi. Selain itu sebanyak 200 SMS diberikan setiap bulan dan ianya terkumpul untuk bulan-bulan seterusnya.

B150

  • Data tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • 200 SMS setiap bulan
  • Hotspot 100%
RM53 setiap bulan
Selepas mencapai FUP 250GB, pengguna boleh membuat tambahan data 5GB atau 10GB dengan harga RM15 dan RM25 masing-masing. Pengguna boleh tunggu hingga kitaran seterusnya tanpa membeli data tambahan dan masih boleh menggunakan data internet dengan kelajuan 512Kbps (basic data).

Hotspot tanpa had

Ciri menarik yang ada pada Onexox (mana-mana plan Onexox) adalah perkongsian sambungan internet melalui hotspot tanpa had. Jadi anda boleh mengaktifkan hotspot anda untuk dikongsi bersama dengan peranti lain. Tak kisah berapa pun peranti yang disambungkan, selagi ianya lancar.

Harga dan bayaran bulanan

Bagi pengguna yang berminat melanggan plan Onexox B150 ini, anda boleh menghubungi Dealer Onexox yang sah. Bayaran pendaftaran adalah RM50 (Starter Pack atau MNP). Bil bulanan untuk plan ini adalah RM50 + 6% SST, iaitu RM53 sahaja setiap bulan.

F.A.Q Onexox B150

2 thoughts on “Plan Onexox B150 edisi terhad

  1. HI , for xox plan B150 after the promotion is the price and fup still 250 GB after the purchase or its only one time ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *