Telco Onexox menyediakan 2 jenis Akaun untuk pengguna iaitu Onexox Prepaid dan Onexox Black. Masing-masing (Prepaid dan Black) mempunyai plan Internet tersendiri mengikut kesesuaian pengguna terutamanya plan Internet. Pengguna boleh membuat pilihan dari senarai plan Internet Onexox yang sesuai sama ada Prepaid atau Black.
Plan Internet Onexox Prepaid
Pengguna yang tidak mahu terikat dengan komitmen bulanan untuk keaktifan simkad boleh memilih plan Onexox Prepaid ini. Selain memberikan kebebasan kepada pengguna dengan tiada paksaan tambah nilai selagi simkad aktif, pengguna juga tidak terikat dengan langganan plan internet yang tidak perlu dilanggan setiap bulan.
Berikut adalah plan internet untuk Onexox Prepaid;
Plan Internet Onexox Black
Bagi pengguna yang tidak suka pembaziran data, plan Onexox Black mempunyai fungsi dan kelebihan bawa kehadapan (Carry Forward) setiap data, minit panggilan dan SMS yang tidak digunakan. Setiap bulan pengguna akan menerima data, minit panggilan dan SMS tepat pada tarikh kitaran bil bermula.
Berikut adalah plan internet untuk Onexox Black;
Data dibawa kehadapan (Carry Forward)
Bagi semua plan Onexox Black kecuali plan Data Buffet (DB) boleh bawa kehadapan semua data internet yang tidak digunakan pada setiap bulan dan ianya akan terkumpul. Namun bagi plan Black Data Buffet, data yang boleh dibawa kehadapan adalah baki data dari Blok penggunaan terkini.
Pengguna mestilah bijak memilih plan yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Sekiranya pengguna masih keliru dengan plan internet Onexox ini anda boleh terus menghubungi Dealer Onexox yang terdekat dengan anda.
Sekiranya pengguna baru yang sudah mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan plan internet Onexox Prepaid atau Black, anda boleh terus membuat pembelian simkad Onexox secara online sama ada untuk nombor baru atau kekalkan nombor lama.
2 thoughts on “Senarai Plan Internet Onexox Prepaid dan Black”
Nak tanya data yg kita beli 5gb RM30 tu kalau tak habis guna auto carry forward ke bulan seterusnya tak ye?
Sekiranya 5gb diaktifkan sekaligus, maka 5gb harus digunakan dalam tempoh 30 hari. Sekiranya diaktifkan 500MB sahaja, maka 4.5GB lagi akan dicarry forward.