Nombor Selalu Topup Tapi Talian kena Barred, Blocked dan Terminated

Terdapat beberapa pengguna Onexox yang menghadapi masalah nombor yang selalu topup tapi talian kena barred, block atau terminated. Sebenarnya ini bukanlah gangguan teknikal atau kesilapan teknikal. Mungkin berlaku sedikit salah faham berkaitan plan Onexox Prepaid dan Black berfungsi.

Talian Prepaid disekat (Barred, Blocked, Terminated)

Bagi pengguna Onexox Prepaid, apa yang pengguna perlu faham adalah setiap RM (Ringgit Malaysia) yang ditambah nilai akan menambah tempoh sah aktif talian. Sekiranya pengguna membuat topup sebanyak RM1, maka tempoh sah talian akan bertambah 1 hari dari tarikh asal tempoh sah sedia ada.

Tambah nilai menambah tempoh aktif sim

Sebagai contoh, sekiranya tempoh sah prepaid anda tamat pada 3 Januari 2030, maka tarikh baru selepas topup RM1 adalah 4 Januari 2030.

Begitu juga kalau pengguna membuat tambah nilai sebanyak RM5, RM10, RM30, RM100 dan lain lain amaun. Jumlah hari akan bertambah mengikut jumlah tambah nilai yang dibuat. Jika tambah nilai RM30, maka bertambah 30 hari, RM100 bertambah 100 hari.

Jadi begitulah konsep tempoh sah Onexox Prepaid bekerja. Dan bagaimana pula talian boleh kena barred, blocked atau terminated untuk mereka yang mengatakan selalu topup?

Secara ringkasnya mereka topup dengan jumlah yang kurang dari sepatutnya.

Proses kejadian talian Onexox Prepaid di Barred, Blocked dan terminated

Ambil contoh, andai kata hari ini adalah 25 Jun 2020 dan tarikh tamat tempoh sim mereka adalah pada 25 Julai 2020. Pengguna membuat tambah nilai sebanyak RM5 maka tarikh tamat tempoh berganjak menjadi 30 Julai. Pengguna menyangka tambah nilai RM5 cukup untuk sebulan sebab kebiasaannya topup RM5 sim tetap aktif lebih sebulan.

Tiba pada tarikh 25 Julai 2020, pengguna menyangka kena topup lagi untuk pastikan talian aktif. Pengguna pun buat tambah nilai RM5. Tarikh tempoh sah aktif bertukar lagi dari 30 Julai 2020 ke 4 Ogos 2020. Pengguna yang menyangka topup RM5 boleh tahan sebulan akan membuat tambah nilai pada tarikh 25hb setiap bulan, maka pada tarikh 5 Ogos 2020 pengguna terkejut sebab talian telah masuk fasa barred.

Pada waktu inilah pengguna menyangka tambah nilai yang dibuat selama ini sia-sia dan ada yang mengatakan sistem salah.

Ada juga pengguna yang tak perasan status barred disebabkan talian masih boleh diguna untuk terima panggilan sehinggalah talian kena blocked selepas 30 hari tak tambah nilai dan terminated 30 hari selepas diblocked tanpa tambah nilai.

Tambah tempoh sah aktif Onexox Prepaid

Bagi pengguna Onexox Prepaid, tempoh sah anda tamat lagi 10 tahun pun tak berguna sekiranya anda tidak topup langsung nombor anda. Nombor prepaid perlu ditambah nilai sekurang-kurang RM30 dalam tempoh 120 hari (lebih kurang 4 bulan) untuk memastikan tempoh sah nombor anda yang panjang dan lama itu dikekalkan.

Cara terbaik adalah dengan menggunakan nombor Prepaid Onexox ini sebagai nombor utama, bukan sebagai nombor simpanan.

Peraturan tambah nilai dalam tempoh 120 hari ini saya terangkan dalam artikel Tempoh Sah terkini Onexox Prepaid.

Talian Onexox Black disekat (Barred, Blocked, Terminated)

Secara asasnya talian Onexox Black adalah mirip kepada plan postpaid mana-mana telco lain di Malaysia. Yang mana setiap bulan wajib topup/bayar bil (tambah nilai) mengikut plan yang dilanggan.

Sekiranya pelanggan ambil plan B59DB, maka bayaran atau tambah nilai bulanan yang perlu dibuat adalah RM63 (termasuk 6% sst). Bayaran atau tambah nilai ini perlu dibayar sebelum tarikh cycle baru bermula.

Sekiranya pengguna tidak membuat bayaran komitmen selepas tarikh cycle, akaun Onexox Black pengguna akan disekat (Barred) sekiranya pengguna tidak membayar bil selepas beberapa hari masuk ke cycle yang baru. Selepas 30 hari dan pengguna masih tidak tambah nilai, maka jumlah tunggakan akan bertambah dan status akan bertukar dari Barred ke Blocked.

Begitulah juga seterusnya jika pengguna tidak membuat pembayaran 30 hari selepas status Blocked, maka status Onexox Black pengguna akan menjadi Terminated dan tunggakan akan ditambah lagi sebulan.

Aktifkan semula Onexox Black

Akaun Onexox Black yang dibarred dan blocked, masih boleh mengaktifkan talian hanya dengan membuat bayaran (tambah nilai) penuh tunggakan. Talian akan aktif serta merta selepas bayaran tunggakan penuh diselesaikan.

Berbeza dengan akaun Onexox Black yang sudah masuk fasa terminated. Pengguna perlu membuat permohonan kepada pihak customer services Onexox melalui email untuk mengaktifkan semula taliannya. Pengguna boleh rujuk cara berkenaan di artikel Permohonan aktifkan nombor terminated.

Tempoh Sah Onexox Black

Berbeza dengan plan Onexox Prepaid, Onexox Black tidak mempunyai kelebihan tempoh sah aktif yang boleh ditambah-tambah. Onexox Black perlu ditopup setiap bulan sesuai dengan plan yang disediakan.

30 thoughts on “Nombor Selalu Topup Tapi Talian kena Barred, Blocked dan Terminated

    1. Sekiranya talian anda adalah onexox black, bayar semua tunggakan untuk aktifkan kembali talian.

      Sekiranya ianya prepaid, hanya perlu membuat tambah nilai serendah rm5 untuk aktif kembali. Namun ianya hanya aktif 5 hari. Jadi dinasihatkan untuk membeli tempoh sah setahun sekaligus selepas akaun telah aktif.

      1. saya sudah menambah rm10 tapi talian tetap tulis blocked till :13 march 2024
        dan nombor tidak dapat digunaka

  1. Kalau blocked jugak..baki dlm akaun topup saya masih ada ..boleh terus aktifkan ka..dengan sms VALID 12 ke 22111 ke..dia x kan burn kan.

  2. saya guna xox prepaid.. saya dah lama tak topup. mungkin setahun dua? sbb guna no lain. skrg no saya yg lama tu tak boleh guna. mcm mana nk aktifkan semula ya? urgent ni.. harap dpt reply asap

  3. nombor saya active till 19.9.2025, kenapa masuk mesej hari ni, 19.4.2024, nombor anda tiada transaksi tambah nilai lebih 120 hari, tambah nilai sekarang utk elak nombor disekat. tak paham laaa..baru tambah nilai bulan lepas rm50, nak apa lagi

      1. hi.. no saya skrg barred.. dan xdpt reload.. kenapa yah? sy plan utk reload rm50 bagi pnjg kan airtime.. tp xdpt reload pun

  4. Nombor onexox saya sah sehingga 13/09/2024, tetapi kenapa sekarang barred pula sampai 28/6/2024? Saya masih ada balance RM 21.15 di dalam kad prepaid saya. Tolong aktifkan kembali line saya.

  5. kalau tak mau guna telco xox tapi tukar kepada telco lain boleh tak? dalam credit lebih 50 ini. prepaid.

  6. Salam nk tanya kenapa sy x boleh topup nombor sy yg kena block?
    Sy dh tamat tempoh beberapa bulan & bila nk topup RM5 guna shopee dia refund balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *