Maksud DA dan MA dalam Onexox Prepaid

Bagi pengguna baru Onexox Prepaid, anda pasti tertanya apakah maksud DA dan MA yang tertulis dalam semakan baki. DA adalah Dedicated Account, manakala MA adalah Main Account.

Sebagai pengguna Onexox Prepaid, anda tidak perlu ambil pusing berkenaan maksud DA dan MA ini. Apa yang perlu anda tahu adalah jumlah kredit anda. Jumlah kredit Onexox Prepaid anda dikira DA dicampur dengan MA sama dengan Jumlah kredit anda.

DA+MA = Jumlah kredit anda.

Pengguna baru tidak perlu risau dan peningkan kepala memikirkan konsep lain, hanya perlu faham DA+MA= Jumlah kredit.

Namun sekiranya anda nak mengetahui lebih lanjut berkenaan DA dan MA, boleh teruskan bacaan.

Kenapa ada DA dan MA dalam Onexox Prepaid?

Sebelum muncul plan-plan terkini Onexox Prepaid seperti UNL35, EXTRA plan dan EXTRA SYOX Prepaid, Onexox Prepaid menawarkan plan flexi yang unik. Dimana penjimatan untuk panggilan sekiranya menggunakan baki Dedicated Account.

Semua panggilan akan menggunakan kredit yang terdapat dalam DA dahulu. Selepas kredit DA habis, barulah kredit MA ditolak sekiranya ingin membuat panggilan.

Tambah nilai masuk ke DA dan MA

Bagi tujuan penjimatan, Onexox menggalakan pengguna untuk membuat tambah nilai sebanyak RM50 untuk memastikan semua nilai topup dimasukkan ke akaun DA sebagai kredit.

Berikut adalah jumlah kredit yang akan diterima oleh DA dan MA masing-masing mengikut nilai topup yang dibuat oleh pengguna.

Jumlah TopupDAMA
RM50RM50
RM30RM10RM20
RM10RM4RM6
RM5RM5

Pembelian data internet guna akaun MA

Sebarang pembelian data internet untuk Onexox Prepaid akan menggunakan kredit MA. Sekiranya kredit MA tidak mencukupi untuk membeli data, sistem akan mencukupkan kredit dengan menolak jumlah akaun DA bagi mencukupkan kredit secara automatik. Ini termasuk sekiranya akaun MA tiada sebarang kredit langsung.

Pengguna hanya perlu membuat pembelian tanpa perlu memikirkan jumlah kredit yang ada di MA. Apa yang penting adalah jumlah kredit mencukupi (DA=MA).

Langganan internet automatik

Bagi langganan internet secara bulanan seperti UNL35, pengguna perlu memastikan kredit adalah mencukupi di akaun MA bagi tujuan pemotongan kredit dan langganan UNL35 secara auto.

Sekiranya baki MA tidak mencukupi, sistem tidak akan membuat penambahan kredit dari DA ke MA. Ini bermakna langganan UNL35 untuk bulan terkini akan gagal diperbaharui. Namun pengguna boleh membuat langganan secara manual pada bila-bila masa. Yang penting jumlah DA+MA adalah mencukupi iaitu DA+MA=RM35.

5 thoughts on “Maksud DA dan MA dalam Onexox Prepaid

  1. Sistem yang memeningkan kepala user, tidak perlu pecahan DA & MA ini jika DA + MA = JUMLAH KREDIT.
    DA tidak boleh dipindahkan ke MA?

    1. pakej wawa boleh topup 18 atau 35. bergantung cik nak langgan wawa18 atau wawa35. Tapi kalau tak nak topup pun boleh, as long as tempoh sah simkad masih aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *