Cara terminate sim Onexox

Kebiasaannya, pengguna yang nak terminate sim Onexox ni mesti sebab rasa tertipu dengan dealer yang jual sim kepadanya. Adalah sangat mustahil user Onexox tu nak terminate tanpa tahu kelebihan Onexox antaranya:

  • Tempoh sah yang panjang. 2 tahun 4 bulan dan semakin panjang setiap kali tambah nilai dibuat.
  • Tiada sekatan kelajuan (speed capped) data internet.
  • Boleh simpan data internet selagi sim aktif. Kiranya boleh carry forward data tu ke bulan-bulan seterusnya.
  • Ada Happy Hour hampir setiap hari.
  • Ada plan unlimited data RM53 je (B150)
  • Dan banyak lagi.

Biasanya mengikut pengalaman dan kajian saya sebagai dealer, yang nak terminate sim Onexox ni sebab…

Ni mesti sebab ambik sim B10 yang percuma tu kan? Atau mana-mana plan yang ada promosi percuma sama ada MySISWA atau ONEfamily. Lepas tu tak gunakan sim tu terus nak terminate sim onexox yang anda terima secara percuma ni? Tak pun dealer yang daftarkan dulu tak terangkan, pakej mana yang sesuai untuk anda.

Salah konsultasi, dealer memang akan offer plan yang menguntungkan poket dia.

Sori judgemental sikit, jarang orang nak terminate sim Onexox Prepaid, sebab ada tempoh sah minimum 3 tahun. Sebab tu saya rasalah, yang nak terminated sim Onexox ni mesti Plan Onexox Black macam yang saya terangkan kat atas tu.

Cadangan

Saya nak memberikan sedikit cadangan untuk perkara yang akan datang.

Jangan lah nak ambik sesuatu barang tu kalau kita tak perlukan pun barang tu. Tak kira la barang tu percuma atau murah! Kalau kita tak perlukan, just say no.

Dalam isu ni, saya percaya ada sesetengah dealer Onexox yang sanggup tipu pelanggan dengan mengatakan sim ni percuma, tak perlu bayar. Memang la tak perlu bayar! Tapi tak perlu bayar untuk upfront payment je (atau tak perlu bayar bulan pertama sahaja). Yang Plan B10 Onexox tu, fee waived RM10. Tapi bulanan kena bayar ye.

Itu kalau kes sim Black B10 percuma dulu lah.

Kalau Onexox Prepaid lain ceritanya, 3 tahun tak topup pun takpe.

Pelanggan rasa Onexox tak best sebab apa?

Dealer ni pun satu hal. Nak kaya, tapi gelojoh. Tak memasal pelanggan rasa tertipu pastu yang buruk nama Onexox jugak.

Yang pelanggan pulak, asal benda free nak ambik? Lain la kalau kita memang perlukan barang tu. Ni ambik bukan sebab perlukan, tapi sebab FREE!

Ok habis nasihat. Tutup nasihat. Semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

Penyelesaian, cara nak bayar dan terminate sim Onexox

Sekarang kita fokus penyelesaian.

Saya dah confirmkan step ni dengan Careline Onexox.

Camna cara nak setel bil tertunggak yang kononnya “Saya tak guna pun sim ni, tapi kenapa kena bayar?”

Untuk kes tertunggak awal

Pertama sekali, tengok berapa baki atau bil tertunggak.

Caranya dari sim Onexox tu, dail *150*1#

Tengok berapa Amt Due (Amount Due). Let say RM43, pergi beli topup kat 7E (Topup Onexox/XOX). Dan topup nombor tu terus. Kalau guna PIN, topup cara guna PIN. Kalau nak senang, guna XOX Fast atau topup melalui dealer.

Selepas tu, hubungi 12273 bagitau nak terminate sim Onexox tu. Bagitau dah topup semua baki terkini.

Tapi kalau amt due tu RM43, ada ke topup Onexox RM43? Memang takde. Beli la topup RM30+RM10+RM5 atau beli terus topup RM50.

Nak bayar ngam ngam?

Bayar online kat XOX Fast. Lagi senang. Boleh masukkan berapa2 pun amount yang anda nak. Boleh jugak guna apps Black untuk bayar bil atau topup Onexox. dan yang paling efisyen, topup melalui dealer onexox.

OK.

Nombor Onexox yang dah masuk fasa Terminate / SIM Hilang

Sekarang ni, camna pulak kalau kes yang topup tapi tak berjaya?

Dah beli pin, atau topup guna XOX Fast tu, tapi dia cakap Unable to Comply; Operation not permitted pulak.

nombor onexox yang sudah kena block atau terminate
Nombor yang diterminate tak boleh nak topup atau bayar bil.

dah kenapa?

Itu sebab nombor tu dah terminated.

Dah kena terminate.

Baca fasa nombor Onexox di terminate kat artikel saya bertajuk Tak Bayar Bil Onexox, Nombor kena Block.

Fasa terminate adalah fasa terakhir sebelum nombor Sim Onexox tu direcycle dan diserahkan kepada pihak SKMM untuk diedarkan kepada telco-telco lain di Malaysia ni.

Jadi mungkin agak sukar hubungi pihak Onexox untuk urusan bayar bil ni. Untuk kes kehilangan sim pun sama jugak situasinya. Teruskan bacaan.

Masih ada peluang untuk bayar bil Onexox Black ni?

Ya, masih ada. Camni caranya.

Masuk ke Laman Web XOX. Kemudian klik pada menu Contact Us di sebelah kanan atas tu.

Laman web xox.com.my

Kemudian klik pada Link/Menu Enquiries

laman utama xox
Contact us > Enquiries

Isi borang yang dipaparkan. Dan tunggu 3-5 hari bekerja.

isi borang permohonan untuk release
Isi borang mengikut ayat sendiri yang bersesuaian.

Isi ruangan-ruangan yang disediakan.

Subject : Pembayaran untuk nombor 01123456789 (terminated)

Enquiry : Nombor 01123456789 telah diterminate dan saya berniat untuk membayar jumlah bil tertunggak. Mohon pihak Onexox melepaskan nombor ini dari diterminate untuk tujuan pembayaran.

Saya juga ingin menutup akaun untuk nombor ini selepas pembayaran. Ayat tu pandai-pandai la karang sendiri.

Lepas 3-5 hari tunggu pihak XOX respons dan perkara pun selesai.

Bantuan Careline Jalan terakhir

Jalan terakhir, selepas hantar borang tu dan respons adalah lambat, terus call 1300 888 010, atau 03-78825066.

Sayang 1000 kali sayang. Telco Onexox adalah yang terbaik setakat ni untuk bantu orang ramai berjimat.

Bertukar ke Onexox Prepaid

Dengan takde caj tersembunyi dan penggunaan yang praktikal untuk kebanyakan lapisan masyarakat, tapi dengan disebabkan segelintir dealer Onexox yang tamak, beberapa pelanggan tak nampak banyak kelebihan ni.

Sekiranya korang masih nak gunakan simkad Onexox di masa akan datang, terus hubungi saya O1113346188. Save nombor saya tu dengan reference Onexox. Manalah tahu nanti nak guna Onexox atau ada kawan nak guna Onexox, boleh referkan pada saya.

Saya akan beri penerangan dan plan yang terbaik untuk anda. Dah semestinya saya akan perkenalkan Onexox Prepaid yang anda mungkin terkejut dengan tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan dan makin bertambah setiap kali anda topup.

One thought on “Cara terminate sim Onexox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *